Anda Bakal Menduduki Ujian Psikometrik Pada Bulan Ini?

Risau Gagal?
Jom Saya Bongkarkan 'Trick' Soalan Psikometrik Berjaya Menggagalkan Ramai Calon Pada Ujian Sebelum Ini.

Cikgu Khairul

Pertama sekali, salam perkenalan daripada saya Cikgu Khairul. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda soalan ujian psikometrik mengikut format tahun 2024.

Dalam banyak-banyak ujian SPA, ujian psikometrik adalah ujian paling mudah untuk dijawab. Anda tahu tak kenapa ujian ini mudah? Sebabnya anda tak perlu hafal formula matematik, tak perlu ingat fakta, tak perlu tahu isu semasa, tak perlu tahu grammar. 

  • Tak ada soalan daya menyelesaikan masalah.
  • Tak ada soalan kefahaman bahasa inggeris.
  • Tak ada soalan pengetahuan am.

Semuanya soalan berkaitan dengan perwatakan diri anda sendiri. Soalan hanya bertanyakan adakah anda seorang yang teliti, adakah anda seorang yang penyabar, dan soalan-soalan bersifat keperibadian yang lain.

Soalan psikometrik ini berbentuk objektif dan biasanya mempunyai dua atau lima pilihan jawapan.

  • Ya atau Tidak
  • Betul atau Salah
  • Ya atau Betul atau Tidak Pasti
  • Sangat Setuju, Setuju, Tak Pasti, Tidak Bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju

Kalau Mudah, Mesti Ramai Yang Lulus Kan?..

Oh, jangan fikir macam tu dulu. Tujuan utama ujian psikometrik ini bukanlah untuk meluluskan calon. Tapi ianya bertujuan untuk menapis dan mengecilkan jumlah calon. Bila calon dah sikit, itu akan memudahkan sesi temuduga dijalankan.

Jika calon dipanggil hadir exam seramai 20,000 orang, ianya akan ditapis dan dikecilkan menjadi 2,000 orang. Hanya calon-calon yang berkualiti sahaja yang berjaya melepasi ujian ini.

Tak percaya?

Di bawah ini merupakan statistik exam psikometrik yang pernah dijalankan sebelum ini.

Statistik Exam Penolong Jurutera Gred JA29


Statistik Exam Pegawai Sains Gred C41


Ramai Yang Gagal..

Yang dapat panggilan exam memang ramai, yang gagal exam pun ramai jugak. Anda boleh tengok sendiri dekat FB SPA, ramai calon mengeluh kerana mereka mendapat keputusan dukacita. Persoalannya sekarang, adakah anda bakal menerima nasib yang sama seperti calon-calon ini?


Apa Yang Dinilai?

Jadi, apa yang dinilai sebenarnya dalam ujian psikometrik ini sehinggakan ramai calon gagal melepasi ujian ini? Jom saya tunjukkan kepada anda beberapa soalan exam lepas dan apa yang dinilai.

1. Saya biasanya mengotakan janji untuk melaksanakan sesuatu, walaupun ia menyusahkan atau tidak menyenangkan.

A. Ya
B. Tidak

Apa yang dinilai?

👉 Mengenalpasti adakah calon mempunyai sifat tanggungjawab dalam diri.


2. Saya fikir tidak mengapa untuk tidak mengendahkan undang-undang selagi mana saya tak melanggarnya.

A. Sangat tidak setuju
B. Tidak setuju
C. Setuju
D. Sangat setuju

Apa yang dinilai?

👉 Mengenalpasti adakah calon seorang yang berdisiplin ataupun tidak.


3. Saya bersedia mengkaji semula semua maklumat berkaitan projek terdahulu untuk memastikan bahawa perancangan projek baru mempertimbangkan pengalaman yang saya ada.

A. Sangat tidak setuju
B. Tidak setuju
C. Tak pasti
D. Setuju
E. Sangat setuju

Apa yang dinilai?

👉 Mengenalpasti adakah calon mempunyai sifat analitikal ataupun tidak.

Soalan memang nampak mudah. Tapi disebalik soalan yang mudah ini sebenarnya ia sedang mencungkil sikap-sikap negatif yang ada dalam diri anda. 

Ada sesetengah calon suka ambil mudah, "Apa susah, bagi jer jawapan positif semua".

Tapi anda perlu ingat satu perkara. Soalan-soalan ini direka khas oleh pakar psikologi. Adakalanya jawapan positif inilah menjadi punca kenapa ramai calon gagal dalam ujian ini.

Tahu kenapa? Teruskan bacaan anda untuk tahu realiti sebenar ujian psikometrik ini.

Antara tips terpenting dalam ujian psikometrik ialah konsisten. Ramai calon gagal disebabkan jawapan mereka tak konsisten.

Anda pula bagaimana? Adakah jawapan anda itu mampu menghasilkan satu jawapan yang kosisten?

Jom jawab kuiz 28 di bawah ini. Kita tengok sejauh mana konsisten jawapan anda itu.

Bagaimana Nak Lulus?


Sebenarnya, ramai calon masih salah faham tentang ujian psikometrik. Bagi mereka, ujian ini hanya sekadar mencari nilai positif dan negatif semata-mata.

Kalaulah ujian psikometrik semudah itu, sepatutnya ramai yang lulus kan? Tapi hakikatnya ramai yang gagal. Terdapat dua kunci utama untuk lulus ujian psikometrik ini, iaitu:


"Tonjolan Perwatakan Anda"

"Jangan Hipokrit"


Bagi memudahkan kefahaman anda, saya akan menggunakan penilaian sikap kerjasama sebagai contoh. Andaikata ketua jabatan mahukan seorang calon yang boleh bekerjasama dalam satu pasukan.

Disebabkan skop kerja jawatan kali ini memerlukan bekerja dalam satu kumpulan. Ketika ini, sikap kerjasama akan menjadi penilaian paling utama dalam ujian kali ini.

Di bawah ini merupakan soalan yang menguji sikap kerjasama dalam diri seorang calon psikometrik.

Soalan 1. Saya akan membantu orang lain untuk menyesuaikan diri walaupun saya tidak perlu berbuat demikian.

A. Setuju
B. Tidak Setuju


Soalan 2. Saya sedia membantu menyelesaikan tugas rakan saya yang tidak dapat hadir bekerja.

A. Setuju
B. Tidak Setuju


Soalan 3. Saya mengubah cara saya bekerja dengan maklum balas dan cadangan orang lain.

A. Setuju
B. Tidak Setuju


Tiga soalan di atas ini merupakan yang cuba mencungkil tahap semangat kerjasama dalam diri seseorang. Soalan boleh wujud dalam pelbagai bentuk.

Untuk tiga soalan ini, ianya direka untuk membentuk kecenderungan sikap kerjasama dari sudut positif.

Jika anda memilih jawapan SETUJU, itu bermaksud dalam diri anda mempunyai kecenderungan kerjasama yang tinggi.

(Kunci kedua bersambung di bawah..)


Group Telegram Rasmi Ujian Psikometrik 2024.

Sila join telegram ini bagi mendapatkan lagi banyak info tentang ujian psikometrik sepanjang bulan ini. Antaranya perkara yang saya kongsikan ialah..

  • Contoh Soalan Perangkap Psikometrik.
  • Cara Menjawab Soalan Psikometrik.
  • Markah Lulus Ujian Psikometrik 2024.
  • 3 Perkara Menggagalkan Calon Psikometrik.

"Tetapkan Pendirian Anda"


Ujian psikometrik ini juga boleh tahu sama ada individu itu berlaku jujur ataupun sekadar berpura-pura ketika menjawab soalan. Anda tahu tak bagaimana?

Caranya ialah melalui soalan yang berulang-ulang.

Tujuannya ialah untuk mengesahkan sesuatu sikap itu betul-betul wujud dalam diri anda ataupun sekadar dibuat-buat.

Soalan 4, 5, dan 6 di bawah ini pula digunakan sebagai alat untuk mengesahkan adakah sikap kerjasama betul-betul wujud dalam diri seseorang ataupun tidak.

Soalan 4: Saya tidak takut untuk menyuarakan pendapat, walaupun bertentangan dengan kebanyakan orang lain.

A. Setuju

B. Tidak Setuju


Soalan 5: Saya berkeyakinan terhadap pandangan saya walaupun ia berbeza dengan orang lain.

A. Setuju

B. Tidak Setuju


Soalan 6: Biasanya keputusan saya tidak dipengaruhi oleh orang lain.

A. Setuju

B. Tidak Setuju


Elemen yang cuba dimasukkan dalam soalan 4, 5 dan 6 ialah sikap yakin pada diri sendiri. Kalau diikutkan, sikap yakin pada diri sendiri ini sememangnya sikap positif kan?

Jika anda fikir macam tu, sebenarnya anda termasuk perangkap psikologi. Tahu tak kenapa?

Jika anda memilih jawapan SETUJU untuk soalan 4, 5 dan 6, itu bermaksud kecenderungan anda merasakan diri anda sentiasa betul itu adalah tinggi.

Soalan memang nampak positif, tapi ianya hanya positif dari sudut sikap yakin diri sahaja. Dari sudut sikap kerjasama, ianya bersifat sebaliknya.

Jawapan Kena Konsisten

Tips terpenting dalam ujian psikometrik ialah konsisten. Apabila soalan 1, 2 dan 3 tidak bercanggah dengan soalan 4, 5 dan 6, itu bermaksud jawapan anda konsisten.

Dari sudut lain, jawapan konsisten itu mencerminkan tahap kejujuran seseorang. Jika jawapan saling bercanggah, anda sebenarnya dah mendedahkan sisi buruk tentang diri anda kepada pihak SPA.

Perangkap: Soalan bersifat positif digunakan untuk mengumpan calon untuk bersikap tidak jujur.

  • Soalan 1: Saya akan membantu orang lain untuk menyesuaikan diri walaupun saya tidak perlu berbuat demikian. Setuju = Tinggi kerjasama
  • Soalan 2: Saya sedia membantu menyelesaikan tugas rakan saya yang tidak dapat hadir bekerja. Setuju = Tinggi kerjasama
  • Soalan 2: Saya mengubah cara saya bekerja dengan maklum balas dan cadangan orang lain. Setuju = Tinggi kerjasama

Apa akan jadi jika anda memilih SETUJU untuk soalan 4, 5 dan 6?

Jika anda SETUJU dengan soalan 4, 5 dan 6, itu jelas menunjukkan anda tidak mempunyai pendirian yang teguh dalam diri. Tahu kenapa? Jom tengok di bawah ini:

  • Soalan 4: Saya tidak takut untuk menyuarakan pendapat, walaupun bertentangan dengan kebanyakan orang lain. Setuju = Rendah kerjasama
  • Soalan 5: Saya berkeyakinan terhadap pandangan saya walaupun ia berbeza dengan orang lain. Setuju = Rendah kerjasama
  • Soalan 5: Biasanya keputusan saya tidak dipengaruhi oleh orang lain. Setuju = Rendah kerjasama

Sudut Psikologi

Daripada sudut psikologi, soalan 4, 5 dan 6 itu menggambarkan kecenderungan seseorang ke arah personaliti ketegasan, suka kepada kemenangan, berani mengambil risiko, menfokuskan pada tujuan peribadi dan sanggup berdepan dengan konflik untuk membuktikan siapa yang benar.

Jangan Keliru!

Bukankah tegas itu pun sikap positif? Berani mengambil risiko dan suka kemenangan pun positif kan?

Ya memang betul. Sebab itu anda perlu jelas dengan keperluan personaliti jawatan. Jika ketua jabatan mahukan seorang calon yang berperwatakan tegas, memilih jawapan SETUJU untuk soalan 4, 5 dan 6 itu akan meninggikan peluang untuk lulus.

Setiap individu ada kelebihan dan kekurangan mereka tersendiri. Individu yang tinggi sikap kerjasama mungkin rendah dalam ketegasan. Individu yang tinggi ketegasan pula mungkin akan rendah dalam kerjasama.


Takut Terperangkap?


Saya pasti anda pun tak mahu digagalkan dengan soalan tricky macam ini kan? Sepastinya setiap calon yang mengambil ujian ini nak lulus. Tapi itu tak mudah.

Memang ujian ini dicipta untuk memerangkapkan calon. Setiap soalan dibuat untuk menimbulkan rasa ragu-ragu dalam diri calon.

Kerana salah satu tujuan ujian ini dijalankan ialah ingin mengecilkan jumlah calon ke peringkat temuduga. Cuba anda tengok statistik di bawah ini.


Mengikut Statistik, Lebih 84% Calon Akan Digagalkan Setiap Kali Keputusan Ujian Diumumkan.


Jika anda gagal ujian kali ini, anda terpaksa menunggu tahun depan untuk panggilan jawatan yang sama. Umur pun semakin meningkat tahun demi tahun.  Terlalu banyak masa dibazirkan untuk menjawat jawatan idaman anda.


10 Kali Ujian Tapi Masih Dukacita..


Anda boleh tengok pada calon ini. Dah 10 kali ambil ujian pun masih lagi gagal. Dah ulangkaji seminggu pun masih lagi gagal. Dah tak tahu kenapa asyik gagal, mungkin belum lagi rezeki katanya.



Calon ini gagal bukanlah disebabkan dia tidak layak. Kerana semua calon yang dipanggil untuk mengambil ujian ini semuanya layak. Mereka layak kerana memenuhi syarat-syarat akademik yang ditetapkan oleh pihak SPA.

Apa yang saya perasan, kebanyakan mereka ini gagal disebabkan oleh mereka tidak tahu apa sikap yang dinilai dalam setiap soalan yang ditanya. Setiap soalan ada nilai tanggungjawab, nilai kerjasama, nilai yakin diri, nilai menepati masa dan nilai-nilai positif yang lain.

Jadi, anda tak boleh jawab ujian ini tanpa persediaan. Tak boleh mengharapkan kepada nasib semata-mata tanpa ada usaha. Sekurang-kurangnya anda perlu tahu apa nilai yang cuba dicungkil dalam setiap soalan.

Masalahnya sekarang, macam mana nak tahu sikap apa yang cuba dinilai dalam setiap soalan tu?


Saya Syorkan Anda..


Untuk persediaan ujian yang bakal tiba nanti, saya highly recommended kepada anda untuk baca satu rujukan psikometrik ini. Dalam buku ini, kami telah jelaskan secara terperinci bagaimana cara yang tepat menjawab soalan psikometrik.

Sila klik butang di bawah ini untuk tempahan. Setiap pembelian melalui website ini layak untuk claim TUJUH BONUS daripada saya. Senarai bonus ada dilampirkan di bahagian bawah.


Dalam buku ini terdapat 200 soalan lengkap dengan huraian jawapan, mudah anda nak faham sikap apa yang diuji disebalik setiap soalan.

Soalan pulak sentiasa dikemaskini mengikut standard yang dikeluarkan oleh SPA dan mengikut format ujian psikometrik tahun 2024.

Taklah anda buang masa pergi buat latih tubi soalan-soalan format lama kan. Tapi sempat ke nak studi? Exam dah dekat ni?

Jangan risau, sebab ebook ini dihantar menggunakan emel. Lepas selesai pembayaran, anda boleh download terus dekat emel dan terus boleh baca. Tak sampai 5 minit pun. Tak perlu tunggu-tunggu.


Boleh Lulus Ke?

Usah risau! Tim Infokerjaya dah membantu graduan sejak tahun 2008 lagi. Dah lebih 80,000 graduan dah berjaya mereka bantu. Ribuan jawatan pegawai kerajaan, ribuan dah lulus exam dan lulus temuduga.


Maklum Balas Pembaca.

Ini maklum balas daripada calon exam yang lepas. Anda boleh baca reaksi mereka selepas baca rujukan ini.


Mereka Dah Lulus, Kini Giliran Anda.

Saya doakan anda pun dapat keputusan yang sama dengan calon-calon ini. Sila klik butang di bawah untuk download rujukan ujian psikometrik ini.

Selepas Membaca Rujukan Ini..

  • Anda dapat tahu dengan jelas apa yang dinilai dalam ujian. Terdapat 18 penilaian utama yang ramai calon masih tak tahu.
  • Anda dapat jimatkan banyak masa ketika calon lain masih lagi tercari-cari bahan untuk study. Format soalan tahun ini tak sama dengan tahun lepas.
  • Anda akan tahu apa perangkap disebalik setiap soalan. Terdapat 200 soalan lengkap dengan huraian jawapan dalam buku ini.
  • Anda akan tahu cara pemilihan jawapan yang konsisten. Ramai calon gagal ujian ini disebabkan mereka tak konsisten.

Sila klik butang di bawah ini untuk download rujukan psikometrik ini sekarang.