Anda Bakal Menduduki Ujian Psikometrik Pada Bulan Ini?

Risau Gagal?
Jom Saya Bongkarkan 'Trick' Soalan Psikometrik Berjaya Menggagalkan Ramai Calon Pada Ujian Sebelum Ini.

Cikgu Khairul

Pertama sekali, salam perkenalan daripada saya Cikgu Khairul. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda soalan ujian psikometrik mengikut format tahun 2023.

Apa Itu Ujian Psikometrik?

Sebelum cikgu kongsikan soalan psikometrik, cikgu ingin sedikit info ringkas mengenai ujian psikometrik terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, pada asalnya ujian ini dulu dikenali sebagai seksyen sahsiah dan minat. Namun pada akhir tahun 2012, ia telah ditukar kepada ujian psikometrik.

Walaupun nama ujian ini telah ditukar, fungsi ujian ini tetap sama iaitu bertujuan untuk menilai personaliti dalam diri setiap calon.

Berbeza daripada ujian-ujian SPA yang lain, ujian psikometrik ini dianggap lebih mudah kerana ia menumpukan kepada pandangan peribadi calon.

Secara keseluruhan, soalan dalam ujian ini terdiri daripada beberapa pilihan jawapan. Ada soalan mempunyai dua pilihan jawapan, ada tiga dan ada juga soalan mempunyai lima pilihan jawapan.

  • Ya atau Tidak
  • Betul atau Salah
  • Ya atau Betul atau Tidak Pasti
  • Sangat Setuju, Setuju, Tak Pasti, Tidak Bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju

Kalau Mudah, Mesti Ramai Yang Lulus Kan?..

Oh, jangan fikir macam tu dulu. Tujuan utama ujian psikometrik ini bukanlah untuk meluluskan calon. Tapi ianya bertujuan untuk menapis dan mengecilkan jumlah calon. Bila calon dah sikit, itu akan memudahkan sesi temuduga dijalankan.

Jika calon dipanggil hadir exam seramai 20,000 orang, ianya akan ditapis dan dikecilkan menjadi 2,000 orang. Hanya calon-calon yang berkualiti sahaja yang berjaya melepasi ujian ini.

Tak percaya?

Di bawah ini merupakan statistik exam psikometrik yang pernah dijalankan sebelum ini.

Statistik Exam Penolong Jurutera Gred JA29


Statistik Exam Pegawai Sains Gred C41


Ramai Yang Gagal..

Yang dapat panggilan exam memang ramai, yang gagal exam pun ramai jugak. Anda boleh tengok sendiri dekat FB SPA, ramai calon mengeluh kerana mereka mendapat keputusan dukacita.

Persoalannya sekarang, adakah anda bakal menerima nasib yang sama seperti calon-calon ini?


Tujuan Ujian Psikometrik

Tujuan ujian psikometrik sama seperti ujian SPA yang lain. Matlamat utamanya adalah untuk menapis calon-calon berkualiti untuk mencapai peringkat ujian fizikal, seterusnya ke peringkat temuduga.

Saya pernah bertanya kepada kakitangan SPA mengapa ujian psikometrik adalah keperluan untuk memasuki sektor kerajaan.

Mereka menjawab bahawa mereka tidak mempunyai cukup kakitangan untuk mengendalikan jumlah calon yang besar.

Bayangkan, setiap kali panggilan ujian psikometrik diumumkan, terdapat lebih daripada 20,000 calon yang dipanggil.

Adakah 20,000 calon ini akan dipanggil ke peringkat seterusnya?

Andaikata 20,000 calon ini dipanggil ke peringkat seterusnya, agak-agak anda, berapa lama agaknya proses ini akan berlangsung? Sebulan? Dua bulan? Setahun?

Atas sebab itulah kenapa ujian psikometrik ini menjadi kewajipan kepada setiap calon exam. Selalunya nisbah calon yang lulus ialah 1 nisbah 10 kepada kekosongan jawatan.

“Memang tipis lah macam tu nak lulus kan cikgu?”

Ya, itu betul. Jika ada 400 kekosongan jawatan, SPA hanya akan meluluskan 4,000 calon sahaja. Itu pun jika kekosongan jawatan banyak.

Bagaimana pula dengan jawatan yang hanya mempunyai 1 kekosongan? Itu bermaksud hanya 10 calon sahaja yang akan diluluskan oleh SPA.

Apabila 10 calon ini dapat dipenuhi, calon yang lain akan digagalkan di atas alasan tidak memenuhi ciri-ciri penilaian bagi jawatan tersebut.

Apa Yang Dinilai?

Jadi, apa yang dinilai sebenarnya dalam ujian psikometrik ini sehinggakan ramai calon gagal melepasi ujian ini?

Jom saya tunjukkan kepada anda beberapa soalan exam lepas dan apa yang dinilai.

1. Saya biasanya mengotakan janji untuk melaksanakan sesuatu, walaupun ia menyusahkan atau tidak menyenangkan.

A. Ya
B. Tidak

Apa yang dinilai?

👉 Mengenalpasti adakah calon mempunyai sifat tanggungjawab dalam diri.


2. Saya fikir tidak mengapa untuk tidak mengendahkan undang-undang selagi mana saya tak melanggarnya.

A. Sangat tidak setuju
B. Tidak setuju
C. Setuju
D. Sangat setuju

Apa yang dinilai?

👉 Mengenalpasti adakah calon seorang yang berdisiplin ataupun tidak.


3. Saya bersedia mengkaji semula semua maklumat berkaitan projek terdahulu untuk memastikan bahawa perancangan projek baru mempertimbangkan pengalaman yang saya ada.

A. Sangat tidak setuju
B. Tidak setuju
C. Tak pasti
D. Setuju
E. Sangat setuju

Apa yang dinilai?

👉 Mengenalpasti adakah calon mempunyai sifat analitikal ataupun tidak.

Soalan memang nampak mudah. Tapi disebalik soalan yang mudah ini sebenarnya ia sedang mencungkil sikap-sikap negatif yang ada dalam diri anda. 

Ada sesetengah calon suka ambil mudah, "Apa susah, bagi jer jawapan positif semua".

Tapi anda perlu ingat satu perkara. Soalan-soalan ini direka khas oleh pakar psikologi.

Adakalanya jawapan positif inilah menjadi punca kenapa ramai calon gagal dalam ujian ini. Tahu kenapa? Teruskan bacaan anda untuk tahu realiti sebenar ujian psikometrik ini.

30 Soalan Ujian Psikometrik Sebenar.


Di bawah ini merupakan 30 soalan ujian psikometrik yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda mempunyai elemen penilaian itu ataupun tidak.

Jangan lupa untuk bookmark artikel ini untuk memudahkan anda buat rujukan semula nanti.

Soalan 1: Daripada menjadi pengikut, saya lebih suka menjadi ketua.

A. Ya
B. Tidak


Soalan 2: Saya akan cuba bertegur sapa dengan ramai tetamu sekiranya menghadiri sesuatu majlis.

A. Sangat Kerap

B. Kerap

C. Tidak Pasti

D. Kadang-Kadang

E. Tidak Pernah


Soalan 3: Menerima hadiah untuk memberikan keistimewaan kepada seseorang.

A. Tidak Pernah

B. Kadang-Kadang

C. Kerap

D. Sangat Kerap


Soalan 4: Adakah anda berangan-angan berhubungan romantik?

A. Sangat Setuju

B. Setuju

C. Tak pasti

D. Tidak Setuju

E. Sangat Tidak Setuju


Soalan 5: Pernahkah anda mempunyai fikiran yang anda tidak mahu orang lain tahu?

A. Sangat Setuju

B. Setuju

C. Tak pasti

D. Tidak Setuju

E. Sangat Tidak Setuju


Soalan 6: Saya membaca dan mengikuti semua pengumuman, memo dan lain-lain pemberitahuan yang diberikan oleh organisasi.

A. Sangat Kerap

B. Kerap

C. Tidak Pasti

D. Kadang-Kadang

E. Tidak Pernah


Soalan 7: Saya risau akan tercedera apabila melakukan tugas.

A. Sangat Setuju

B. Setuju

C. Tak pasti

D. Tidak Setuju

E. Sangat Tidak Setuju


Soalan 8: Saya tidak berminat terhadap permasalahan yang memerlukan kajian.

A. Sangat Setuju

B. Setuju

C. Tak pasti

D. Tidak Setuju

E. Sangat Tidak Setuju


Soalan 9: Saya akan membantu orang lain untuk menyesuaikan diri walaupun saya tidak perlu berbuat demikian.

A. Sangat Setuju

B. Setuju

C. Tak pasti

D. Tidak Setuju

E. Sangat Tidak Setuju


Soalan 10: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.

A. Sangat Kerap

B. Kerap

C. Tidak Pasti

D. Kadang-Kadang

E. Tidak Pernah


Soalan 11: Saya menghadiri majlis yang membantu meningkatkan imej organisasi walaupun kehadiran saya tidak diwajibkan.

A. Sangat Setuju

B. Setuju

C. Tak pasti

D. Tidak Setuju

E. Sangat Tidak Setuju


Soalan 12: Saya mempunyai hubungan emosi yang kuat dengan kawan-kawan saya.

A. Sangat Setuju

B. Setuju

C. Tak pasti

D. Tidak Setuju

E. Sangat Tidak Setuju


Soalan 13: Saya berharap saya boleh kekal dalam kerjaya di organisasi yang saya pilih.

A. Sangat Tidak Setuju

B. Tidak Setuju

C. Kurang Setuju

D. Setuju

E. Sangat Setuju


Soalan 14: Saya tidak selesa berada di majlis sosial.

A. Sangat Setuju

B. Setuju

C. Tak pasti

D. Tidak Setuju

E. Sangat Tidak Setuju


Soalan 15: Saya membayar denda atas kesalahan walaupun ada peluang melepaskan diri.

A. Sangat Kerap

B. Kerap

C. Tidak Pasti

D. Kadang-Kadang

E. Tidak Pernah


Soalan 16: Kritikan boleh menghalang peningkatan prestasi kerja.

A. Sangat Tidak Setuju

B. Tidak Setuju

C. Kurang Setuju

D. Setuju

E. Sangat Setuju


Soalan 17: Saya suka melakukan aktiviti yang banyak menimbulkan kegembiraan.

A. Sangat Kerap

B. Kerap

C. Tidak Pasti

D. Kadang-Kadang

E. Tidak Pernah


Soalan 18: Saya memerlukan bantuan seseorang untuk membuat pilihan semasa membeli-belah.

A. Sangat Setuju

B. Setuju

C. Tak pasti

D. Tidak Setuju

E. Sangat Tidak Setuju


Soalan 19: Saya akan membuktikan keputusan yang saya buat adalah betul.

A. Sangat Kerap

B. Kerap

C. Tidak Pasti

D. Kadang-Kadang

E. Tidak Pernah


Soalan 20: Penjual tidak menjual goreng pisang untuk pelanggan, tapi pelanggan yang menyuruh penjual mengorengkan pisang untuknya.

A. Sangat Setuju

B. Setuju

C. Tak pasti

D. Tidak Setuju

E. Sangat Tidak Setuju


Soalan 21: Pernahkah anda berasa benci pada ibu bapa anda?

A. Sangat Tidak Setuju

B. Tidak Setuju

C. Kurang Setuju

D. Agak Setuju

E. Setuju

F. Sangat Setuju

G. Sangat Setuju Sekali


Soalan 22: Saya boleh berinteraksi dengan orang lain dengan sikap berbudi bahasa dan mesra.

A. Sangat Tidak Menggambarkan Diri Saya

B. Tidak Menggambarkan Diri Saya

C. Agak Menggambarkan Diri Saya

D. Menggambarkan Diri Saya

E. Sangat Menggambarkan Diri Saya


Soalan 23: Keputusan saya lazimnya berasaskan fakta, logik, pengalaman dan/atau gerak hati.

A. Sangat Tidak Menggambarkan Diri Saya

B. Tidak Menggambarkan Diri Saya

C. Agak Menggambarkan Diri Saya

D. Menggambarkan Diri Saya

E. Sangat Menggambarkan Diri Saya


Soalan 24: Saya merasa ingin tahu tingkah laku seseorang.

A. Sangat Kerap

B. Kerap

C. Tidak Pasti

D. Kadang-Kadang

E. Tidak Pernah


Soalan 25: Saya boleh mengenali orang yang membuat keputusan mengikut gerak hatinya.

A. Sangat Setuju

B. Setuju

C. Tak pasti

D. Tidak Setuju

E. Sangat Tidak Setuju


Soalan 26: Saya boleh bekerja secara berkesan dan dengan tekun, dengan sedikit ataupun tanpa seliaan.

A. Sangat Tidak Menggambarkan Diri Saya

B. Tidak Menggambarkan Diri Saya

C. Agak Menggambarkan Diri Saya

D. Menggambarkan Diri Saya

E. Sangat Menggambarkan Diri Saya


Soalan 27: Apabila jiran memasang radio dengan kuat, biasanya saya membiarkannya sahaja.

A. Sangat Kerap

B. Kerap

C. Tidak Pasti

D. Kadang-Kadang

E. Tidak Pernah


Soalan 28: Tidak semua sahabat karib yang saya kenali, suka saya.

A. Sangat Setuju

B. Setuju

C. Tak pasti

D. Tidak Setuju

E. Sangat Tidak Setuju


Soalan 29: Pernahkan anda mempunyai fikiran yang anda tidak mahu orang lain tahu?

A. Sangat Tidak Setuju

B. Tidak Setuju

C. Kurang Setuju

D. Agak Setuju

E. Setuju

F. Sangat Setuju

G. Sangat Setuju Sekali


Soalan 30: Saya merasakan orang bercerita tentang saya di belakang saya.

A. Sangat Setuju

B. Setuju

C. Tak pasti

D. Tidak Setuju

E. Sangat Tidak Setuju


Kuiz Psikometrik

Apa kata anda cuba jawab kuiz yang cikgu sediakan ni. Pastikan jawapan anda konsisten. Kuiz ini hanya nak mencungkil satu sikap dalam diri anda. Satu sikap yang wajib ada dalam diri seorang penjawat awam.

Adakah sikap ini wujud dalam diri anda? Jom jawab kuiz 20 soalan ini. Nanti cikgu hantar skor yang anda dapat terus ke emel anda. Klik butang di bawah untuk jawab kuiz.

Tips Lulus Ujian Psikometrik


Soalan ujian psikometrik ini tiada jawapan yang betul ataupun salah. Jawapan bergantung kepada personaliti apakah yang dikehendaki oleh ketua jabatan.

Jadi, setiap jawapan yang anda nak pilih perlulah mengikut apa yang ketua jabatan inginkan. Di bawah ini cikgu kongsikan bagaimana penilaian ini dilakukan.


Tonjolkan Sikap Anda, Jangan Hipokrit.

Untuk pengetahuan anda, kesemua soalan dalam ujian psikometrik ini diteraburkan. Contohnya soalan 2, soalan 10 dan soalan 14 di bawah ini.

Ketiga-tiga soalan ini di bawah skop penilaian yang sama. Ianya diteraburkan untuk menguji adakah pendirian anda sama ataupun tidak di antara tiga soalan ini.

Soalan 2: Saya akan cuba bertegur sapa dengan ramai tetamu sekiranya menghadiri sesuatu majlis.

A. Sangat Kerap

B. Kerap

C. Tidak Pasti

D. Kadang-Kadang

E. Tidak Pernah


Perkara yang cuba dicungkil melalui soalan 2 ini ialah bagaimana cara anda bersosial. Jadi, apa jawapan yang mencerminkan diri sebenar anda? Jika anda ini seorang yang suka bersosial, jawapan SANGAT KERAP adalah yang terbaik untuk diri anda.

Seandainya anda kurang gemar bersosial, pilihan jawapan TIDAK PERNAH atau KADANG-KADANG adalah jawapan yang terbaik untuk mencerminkan perwatakan anda.


Tetapkan Pendirian Anda.

Soalan 10 dan soalan 14 ini pula digunakan untuk mengesahkan jawapan anda pada soalan 2. Jadi anda perlu tetapkan pendirian anda dalam soalan 2, 10 dan 14 ini.

Soalan 10: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.

A. Sangat Kerap

B. Kerap

C. Tidak Pasti

D. Kadang-Kadang

E. Tidak Pernah


Memulakan perbualan dengan orang baru dikenali itu menunjukkan seseorang itu bersifat peramah. Jika anda seorang yang suka berkawan dengan semua orang, jawapan yang paling tepat mencerminkan diri anda ialah KERAP ataupun SANGAT KERAP.

Jika anda tak berapa gemar bergaul dengan orang tidak dikenali, jawapan yang paling tepat dengan karakter diri anda ialah KADANG-KADANG ataupun TAK PERNAH.

Soalan 14: Saya tidak selesa berada di majlis sosial.

A. Sangat Setuju

B. Setuju

C. Tak pasti

D. Tidak Setuju

E. Sangat Tidak Setuju


Jika anda seorang yang suka bersosial, jawapan yang paling tepat ialah TIDAK SETUJU ataupun SANGAT TIDAK SETUJU. Sekiranya anda ini seorang yang kurang gemar bersosial, jawapan yang paling tepat untuk anda ialah SETUJU ataupun SANGAT SETUJU.

Pihak SPA akan menilai jawapan anda itu berdasarkan kepada sejauh mana konsisten jawapan yang anda berikan. Di bawah ini merupakan cadangan jawapan dalam mengenalpasti bagaimana cara seseorang itu bersosial.

Perwatakan seorang yang cenderung suka bersosial.
Soalan 2 = sokong,
Soalan 10 = sokong,
Soalan 14 = bangkang

Perwatakan seorang yang cenderung tidak gemar bersosial.
Soalan 2 = bangkang,
Soalan 10 = bangkang,
Soalan 14 = sokong

Daripada tiga jawapan ini, anda nampak tak bagaimana pihak SPA ini boleh tahu personaliti sebenar anda? Sama ada anda ini suka bersosial ataupun tidak suka bersosial.

Jika anda mampu memberikan pendirian yang selari antara soalan 2, soalan 10 dan soalan 14, itu dapat membuktikan jawapan anda mempunyai unsur kejujuran.


Personaliti Ini Sebenarnya Apa SPA Cuba Cungkil.

Kalau anda nak tahu, ketiga-tiga soalan ini digunakan untuk kategorikan calon kepada golongan introvertion dan extravertion sahaja.

Individu yang suka bersosial ini berada dalam kategori extravertion, manakala individu yang tak suka bersosial pula berada dalam kategori introvertion..


“Cikgu! Antara introvertion dengan extravertion, golongan mana yang lebih baik?”

Sebenarnya tak ada golongan mana yang lebih baik. Setiap golongan ada kelebihan dan kekurangan mereka masing-masing. Ramai calon salah faham pasal ni.

Ada sesetengah calon anggap golongan extravertion lah yang paling baik dan paling positif. Sebenarnya salah pemahaman macam tu.

Dalam sesuatu jabatan kerajaan, golongan introvertion dan extravertion saling melengkapi antara satu sama lain. Dan tak akan ada sesuatu jabatan kerajaan itu dipenuhi dengan semua staf berperwatakan extravertion.

Tak percaya? Anda boleh check sendiri dekat pejabat kerajaan..



“Apa kepentingan pihak SPA nak tahu calon introvertion dengan extravertion ni cikgu?”

Dalam ujian psikometrik, ianya digunakan dalam menentukan kesesuaian perwatakan seseorang calon itu dengan jawatan. Ada jawatan memerlukan seseorang itu berinteraksi dengan orang ramai.

Ketika ini, calon berperwatakan extravertion akan diberikan keutamaan. Individu extravertion lebih mudah untuk memulakan perbualan dan menjalin hubungan dengan orang lain disebabkan sifat terbuka dan mudah mesra yang wujud dalam diri mereka.

Artikel berkaitan: Empat Tips Mudah Lulus Ujian Psikometrik

Jika ketua jabatan mahukan seorang pekerja yang boleh menyimpan rahsia jabatan, sepastinya individu introvertion akan dipilih.

Individu extravertion pula tidak akan dipilih kerana individu extravertion ada kecenderungan tinggi untuk berkongsi maklumat yang mereka tahu dengan orang lain.

Tambahan pula, individu extravertion ini mempunyai ramai kenalan. Jadi, kebarangkalian untuk sesuatu maklumat terbocor tanpa sengaja itu tinggi..


Memang Mudah, Tapi Tak Semudah Itu.


Soalan tu nampak macam mudah kan? Kalau lah semua soalan mudah macam ini, pasti ramai yang akan lulus ujian ini. Jadi tak tercapailah objektif ujian ni dijalankan untuk mengecilkan jumlah calon.

Apa-apapun, kena berbalik kepada tujuan utama ujian ini, iaitu nak mengecilkan calon kepada kelompok yang tersangat kecil.

Ketiga-tiga soalan ini nampak mudah disebabkan anda boleh nampak perkaitan antara soalan. Ada sesetengah soalan memang susah nak kesan perkaitan.

Contohnya tiga soalan di bawah ini. Walaupun ketiga-tiga soalan ini mempunyai skop penilaian yang sama, tapi sangat susah nak nampak perkaitan antara soalan.

Setuju tak?  

Soalan 8: Saya tidak berminat terhadap permasalahan yang memerlukan kajian.

A. Sangat Setuju

B. Setuju

C. Tak pasti

D. Tidak Setuju

E. Sangat Tidak Setuju


Soalan 15: Saya membayar denda atas kesalahan walaupun ada peluang melepaskan diri.

A. Sangat Setuju

B. Setuju

C. Tak pasti

D. Tidak Setuju

E. Sangat Tidak Setuju


Soalan 20: Penjual tidak menjual goreng pisang untuk pelanggan, tapi pelanggan yang menyuruh penjual mengorengkan pisang untuknya.

A. Sangat Setuju

B. Setuju

C. Tak pasti

D. Tidak Setuju

E. Sangat Tidak Setuju


Apa sebenarnya cuba dicungkil disebalik tiga soalan ini?

Dan bagaimana cara nak pilih jawapan yang selari antara satu sama lain? Ramai calon fikir kena cari yang mana satu betul, sama ada penjual yang betul, atau pembeli yang betul.

Opss.. ujian psikologi bukanlah bertujuan nak cari siapa yang betul dan siapa yang salah. Ianya hanyalah nak tahu 'siapakah anda yang sebenarnya' sahaja, tak lebih daripada itu..


Group Telegram Rasmi Ujian Psikometrik 2023.

Sila join telegram ini bagi mendapatkan lagi banyak info tentang ujian psikometrik sepanjang bulan ini.

Antaranya perkara yang saya kongsikan ialah..

  • Contoh Soalan Perangkap Psikometrik.
  • Cara Menjawab Soalan Psikometrik.
  • Markah Lulus Ujian Psikometrik 2023.
  • 3 Perkara Menggagalkan Calon Psikometrik.

Rekemendasi Daripada Cikgu


“Cikgu! Macam mana nak lulus ujian psikometrik SPA ini? Share lah sikit tips cikgu”

Satu-satunya perkara yang perlu anda lakukan adalah membuat latihan secara berterusan. Biasakan diri anda dengan soalan psikometrik agar dapat meningkatkan kepekaan anda terhadap soalan.

Anda perlu mengenal pasti elemen penilaian yang ingin diuji melalui setiap soalan dan jika anda dapat mengesan elemen penilaian tersebut, ia dapat memastikan jawapan anda menjadi lebih konsisten (pendirian selari antara setiap soalan).

“Cikgu! Rekemen la sikit latih tubi yang patut saya guna”

Untuk latih tubi, cikgu syorkan anda dapatkan bahan ulangkaji daripada Tim InfoKerjaya. Dalam tu lengkap dengan nota-nota, contoh soalan dan huraian jawapan ujian psikometrik.


Nak buat ulangkaji kenalah la smart. Bak kata orang putih, ‘work smarter not harder’. Apa yang saya perasan, ramai calon gagal disebabkan mereka menilai diri mereka sendiri.

Oppss.. Tugas anda sebagai calon bukanlah jadi penilai, tapi anda individu yang dinilai.

Jika anda menilai diri anda sendiri, memang tak ada yang salah lah kan, semua betul lah kan. Macam masuk bakul angkat sendiri.

Apa yang best dalam rujukan ini, setiap soalan diberikan huraian jawapan kenapa perlu bangkang dan kenapa perlu sokong.

Daripada situ, anda tahu dengan jelas bagaimana pihak SPA menilai seseorang calon.


Sebelum cikgu terlupa, setiap pembelian rujukan psikometrik ini akan melayakkan anda untuk claim TUJUH BONUS PERCUMA daripada cikgu.

Sila pastikan pembelian anda itu melalui blog ini ya. Kalau anda terbeli daripada blog orang lain, cikgu minta maaf banyak-banyak sebab anda tak layak untuk claim bonus ini.

  • 5 Set Soalan Psikometrik (Updated 2023)
  • 9 Set Kuiz Psikometrik
  • Rahsia Konsisten + Case Study
  • Bahan Study Dalam Telegram
  • Punca Calon Gagal Ujian Psikometrik
  • Koleksi Soalan Psikometrik Berkaitan Minat
  • Private Group Perbincangan Psikometrik

Tanpa bonus-bonus ini, rujukan ini tidak lengkap kerana terdapat beberapa perkara tidak diterangkan secara terperinci terutama berkaitan topik cara memilih jawapan konsisten. Hanya diterangkan dalam tiga muka surat sahaja.

Dalam ebook bonus, saya sediakan kes study berkaitan dengan bagaimana nak memilih jawapan yang konsisten. Ada jawapan yang bersifat positif boleh menggagalkan seseorang dan ada jawapan bersifat negatif boleh meluluskan seseorang calon.

Kalau anda sebagai calon tak tahu pasal hal ini, anda sebenarnya rugi kerana anda bakal mengulangi kesilapan yang sama untuk ujian-ujian akan datang.

Sila klik butang di bawah ini untuk claim bonus-bonus ini.

Penutup.

Cikgu harap dengan perkongsian contoh soalan ujian psikometrik, diharapkan ianya dapat membantu anda menghadapi ujian ini dengan lebih bersedia.

Semoga anda dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan tenang dan berjaya lulus ke sesi temuduga. Aamiin.

Ps… Anda dah baca 200 huraian jawapan soalan ujian psikometrik? Sila klik butang di bawah untuk maklumat lanjut..