Nampak tak bagaimana ujian psikometrik ini berfungsi untuk mengkategorikan anda kepada golongan tertentu. Keperluan kepada dua perwatakan ini bergantung sepenuhnya kepada kehendak ketua jabatan.
Sebagai contoh, jika ketua jabatan memerlukan pekerja yang mampu bekerja secara berdikari dan fokus dalam tugasan yang memerlukan perhatian mendalam, individu dengan ciri introvertion mungkin lebih sesuai.
Ini disebabkan mereka cenderung menikmati persekitaran kerja yang tenang dan kurang interaksi sosial, membolehkan mereka menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas yang diberikan.
Seandainya ketua jabatan mahukan seorang pekerja yang pandai bergaul dengan masyarakat, sepastinya individu extravertion bakal dilantik.
Individu introvertion pula tidak akan dipilih kerana individu introvertion mempunyai kecenderungan untuk cepat keletihan apabila dikelilingi oleh orang ramai.
Bagaimana? Jelas tak bagaimana skop pemilihan bagaimana seseorang itu bersosial boleh menggagalkan dan meluluskan seseorang calon psikometrik?