Jawapan 10 Soalan.


Kategori Penilaian Pertama.

Soalan 1. Rakan-rakan mudah memahami apa yang saya cuba sampaikan dalam sesi mesyuarat.

A. Ya

B. Tidak

  • Sokong
    Cenderung kepada extrovert sebab individu ini lebih terbuka dan tak suka berahsia.
  • Bangkang
    Cenderung kepada introvert.

Soalan 2. Saya sukar meluahkan idea dalam mesyuarat walaupun dalam fikiran saya ada banyak idea.

A. Ya

B. Tidak

  • Sokong
    Cenderung kepada introvert sebab berat mulut.
  • Bangkang
    Cenderung kepada extrovert.

Kategori Penilaian Kedua.

Soalan 3. Saya akan pastikan setiap pendapat yang saya utarakan dalam mesyuarat diterima oleh rakan-rakan yang lain walaupun ada rakan membantah.

A. Ya

B. Tidak

  • Sokong

    Cenderung kepada thinking kerana tegas dan sanggup berdepan dengan konflik.

  • Bangkang

    Cenderung kepada feeling.


Soalan 4. Saya akan mengambil kira setiap cadangan rakan-rakan yang lain dalam mesyuarat walaupun cadangan itu bertentangan dengan prinsip hidup saya.

A. Ya

B. Tidak

  • Sokong

    Cenderung kepada feeling kerana sentimental dan cuba elak daripada berlakunya konflik.

  • Bangkang

    Cenderung kepada thinking.


Kategori Penilaian Ketiga.

Soalan 5. Saya gemar memberi banyak idea setiap kali bermesyuarat.

A. Ya

B. Tidak

  • Sokong

    Cenderung kepada intuition kerana suka kepada konsep ataupun idea.

  • Bangkang

    Cenderung kepada sensing.


Soalan 6. Dalam memutuskan keputusan dalam mesyuarat, saya lebih suka memilih perlaksanaan yang terbukti membuahkan hasil berbanding perlaksanaan sekadar idea semata-mata.

A. Ya

B. Tidak

  • Sokong

    Cenderung kepada sensing kerana suka kepada fakta dan bersikap praktikal.

  • Bangkang

    Cenderung kepada intuition.


Kategori Penilaian Keempat.

Soalan 7. Saya boleh hadirkan diri pada tepat pada masanya setiap kali mesyuarat dilakukan.

A. Ya

B. Tidak

  • Sokong

    Cenderung kepada judging kerana suka mematuhi sesuatu ketetapan.

  • Bangkang

    Cenderung kepada perceiving.


Soalan 8. Saya suka mesyuarat dilakukan secara mengejut dan tiada masalah bagi saya untuk berkejar-kejar melakukan persediaan.

A. Ya

B. Tidak

  • Sokong

    Cenderung kepada perceiving kerana boleh melakukan sesuatu secara spontan.

  • Bangkang

    Cenderung kepada judging.


Kategori Penilaian Kelima.

Soalan 9. Saya cenderung untuk bertindak keterlaluan dalam sesuatu mesyuarat.

A. Ya

B. Tidak

  • Sokong

    Sebagai tanda pernah ada sejarah mengalami stress.

  • Bangkang

    Tiada stress.


Soalan 10. Ketika bermesyuarat, saya berasa seolah-olah cadangan saya tidak diendahkan oleh rakan-rakan lain.

A. Ya

B. Tidak

  • Sokong

    Sebagai tanda pernah ada sejarah mengalami stress.

  • Bangkang

    Tiada stress.