Nota Teori Personaliti Ujian Psikometrik.


Kategori Penilaian Pertama:
Extraversi. 

Merujuk kepada kecenderungan individu untuk mendapatkan rangsangan dan kepuasan dari interaksi sosial dan aktiviti luaran.

Individu dengan skor tinggi (extrovert) cenderung ramah, asertif, bersemangat, dan gemar bergaul.

Individu dengan skor rendah (introvert) cenderung pendiam, suka bersendirian, dan lebih fokus kepada pengalaman dalaman.

Soalan 1. Rakan-rakan mudah memahami apa yang saya cuba sampaikan dalam sesi mesyuarat.

A. Ya

B. Tidak


  • Sokong

    Cenderung kepada extraversi skor tinggi sebab individu ini lebih mudah menyampai apa diingini melalui percakapan.

  • Bangkang

    Cenderung kepada extraversi skor rendah.

Soalan 2. Saya sukar meluahkan idea dalam mesyuarat walaupun dalam fikiran saya ada banyak idea.

A. Ya

B. Tidak

  • Sokong

    Cenderung kepada extraversi skor rendah sebab sukar meluahkan apa yang berada difikiran.

  • Bangkang

    Cenderung kepada extraversi skor tinggi.


Kategori Penilaian Kedua:
Kebersetujuan.

Merujuk kepada kecenderungan individu untuk berbelas kasihan, bekerjasama, dan mengutamakan keharmonian dalam hubungan interpersonal.

Individu dengan skor tinggi cenderung baik hati, pemaaf, empati, dan gemar membantu orang lain.

Individu dengan skor rendah cenderung terus terang, suka akan persaingan, dan mungkin kurang mengutamakan keperluan orang lain.

Soalan 3. Saya akan pastikan setiap pendapat yang saya utarakan dalam mesyuarat diterima oleh rakan-rakan yang lain walaupun ada rakan membantah.

A. Ya

B. Tidak

  • Sokong

    Cenderung kepada kebersetujuan skor rendah kerana mengutamakan idea sendiri dan sanggup berdepan dengan konflik.

  • Bangkang

    Cenderung kepada kebersetujuan skor tinggi.


Soalan 4. Saya akan mengambil kira setiap cadangan rakan-rakan yang lain dalam mesyuarat walaupun cadangan itu bertentangan dengan prinsip hidup saya.

A. Ya

B. Tidak

  • Sokong

    Cenderung kepada kebersetujuan skor tinggi kerana cuba meraikan pendapat orang lain walaupun tidak menyukai.

  • Bangkang

    Cenderung kepada kebersetujuan skor rendah.


Kategori Penilaian Ketiga:
Keterbukaan.

Merujuk kepada kecenderungan individu untuk meneroka idea, pengalaman, dan rangsangan baharu.

Individu dengan skor tinggi cenderung kreatif, imaginatif, ingin tahu, dan terbuka kepada perubahan.

Individu dengan skor rendah cenderung praktikal, konvensional, dan lebih selesa dengan rutin yang telah ditetapkan.

Soalan 5. Apabila rakan-rakan mengutarakan pendekatan atau strategi baharu dalam mesyuarat, saya sentiasa bersedia untuk mempertimbangkan dan meneroka potensi idea tersebut.

A. Ya

B. Tidak


  • Sokong

    Cenderung kepada keterbukaan skor tinggi kerana lebih terbuka kepada idea, konsep, atau pendekatan baharu.

  • Bangkang

    Cenderung kepada keterbukaan skor rendah.

Soalan 6. Dalam memutuskan keputusan dalam mesyuarat, saya lebih suka memilih perlaksanaan yang terbukti membuahkan hasil berbanding perlaksanaan sekadar idea semata-mata.

A. Ya

B. Tidak

  • Sokong

    Cenderung kepada keterbukaan skor rendah kerana tidak gemarkan ketidakpastian.

  • Bangkang

    Cenderung kepada keterbukaan skor tinggi.


Kategori Penilaian Keempat:
Kehematan. 

Merujuk kepada tahap organisasi, disiplin diri, dan motivasi individu dalam mencapai matlamat.

Individu dengan skor tinggi cenderung berdisiplin, bertanggungjawab, teliti, dan berorientasikan pencapaian.

Individu dengan skor rendah cenderung kurang teratur, lebih santai, dan mungkin menghadapi kesukaran dalam pengurusan masa atau komitmen.


Soalan 7. Saya boleh hadirkan diri pada tepat pada masanya setiap kali mesyuarat dilakukan.

A. Ya

B. Tidak

  • Sokong

    Cenderung kepada kehematan skor tinggi kerana suka mematuhi sesuatu perancangan.

  • Bangkang

    Cenderung kepada kehematan skor rendah.


Soalan 8. Saya suka mesyuarat dilakukan secara mengejut dan tiada masalah bagi saya untuk berkejar-kejar melakukan persediaan.

A. Ya

B. Tidak

  • Sokong

    Cenderung kepada kehematan skor rendah kerana kurang keutamaan terhadap perancangan dan penyusunan aktiviti.

  • Bangkang

    Cenderung kepada kehematan skor tinggi.


Kategori Penilaian Kelima:
Kestabilan Emosi.

Merujuk kepada kecenderungan individu untuk mengalami emosi negatif dan ketidakstabilan emosi.

Individu dengan skor tinggi cenderung tenang, stabil dari segi emosi, dan berdaya tahan dalam menghadapi tekanan.

Individu dengan skor rendah cenderung mudah risau, sensitif, dan terdedah kepada tekanan atau kemurungan.


Soalan 9. Saya kekal tenang dan fokus dalam mesyuarat, walaupun perbincangan menjadi hangat atau pendapat yang bertentangan dikemukakan.

A. Ya

B. Tidak

  • Sokong

    Cenderung ke arah kestabilan emosi skor tinggi kerana mampu kekal tenang.

  • Bangkang

    Cenderung ke arah kestabilan emosi skor rendah.


Soalan 10. Ketika bermesyuarat, saya berasa seolah-olah cadangan saya tidak diendahkan oleh rakan-rakan lain.

A. Ya

B. Tidak

  • Sokong

    Cenderung ke arah kestabilan emosi skor rendah kerana ada unsur kebimbangan atau kerisauan terhadap penolakan ataupun kritikan.

  • Bangkang

    Cenderung ke arah kestabilan emosi skor tinggi.