Apa Itu Konsisten?
Dalam artikel ini saya akan kongsikan kepada anda konsisten dalam ujian psikometrik SPA. Anda boleh teruskan pembacaan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang konsisten ini.
Dalam artikel ini saya akan kongsikan kepada anda konsisten dalam ujian psikometrik SPA. Anda boleh teruskan pembacaan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang konsisten ini.
Cikgu Khairul
Salah satu tips untuk lulus ujian psikometrik ini kena pastikan jawapan itu konsisten. Tapi, konsisten itu apa sebenarnya? Nak konsisten daripada sudut apa?
Antara salah faham yang selalu saya perasan ialah ada sesetengah calon psikometrik menganggap, konsisten ini bermaksud soalan itu dalam situasi yang sama.
Kalau ada lima soalan tu berkaitan situasi dalam bilik mesyuarat, itu bermaksud semua soalan tu dalam kategori yang sama. Betul ke macam tu?
Sebenarnya salah pemahaman macam tu. Konsisten ini dinilai kepada pendirian seseorang, bukannya dinilai pada lokasi atau tempat seseorang itu berada.
Cuba anda tengok sepuluh soalan di bawah ini, Walaupun kesemua soalan ini berada dalam situasi yang sama, tapi ianya berbeza daripada sudut penilaian.
Soalan 1. Rakan-rakan mudah memahami apa yang saya cuba sampaikan dalam sesi mesyuarat.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 2. Saya sukar meluahkan idea dalam mesyuarat walaupun dalam fikiran saya ada banyak idea.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 3. Saya akan pastikan setiap pendapat yang saya utarakan dalam mesyuarat diterima oleh rakan-rakan yang lain walaupun ada rakan membantah.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 4. Saya akan mengambil kira setiap cadangan rakan-rakan yang lain dalam mesyuarat walaupun cadangan itu bertentangan dengan prinsip hidup saya.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 5. Apabila rakan-rakan mengutarakan pendekatan atau strategi baharu dalam mesyuarat, saya sentiasa bersedia untuk mempertimbangkan dan meneroka potensi idea tersebut.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 6. Dalam memutuskan keputusan dalam mesyuarat, saya lebih suka memilih perlaksanaan yang terbukti membuahkan hasil berbanding perlaksanaan sekadar idea semata-mata.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 7. Saya boleh hadirkan diri pada tepat pada masanya setiap kali mesyuarat dilakukan.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 8. Saya suka mesyuarat dilakukan secara mengejut dan tiada masalah bagi saya untuk berkejar-kejar melakukan persediaan.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 9. Saya kekal tenang dan fokus dalam mesyuarat, walaupun perbincangan menjadi hangat atau pendapat yang bertentangan dikemukakan.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 10. Ketika bermesyuarat, saya berasa seolah-olah cadangan saya tidak diendahkan oleh rakan-rakan lain.
A. Ya
B. Tidak
Pastikan anda tonjolkan pendirian anda dalam setiap kategori tu. Daripada jawapan yang ada pendirian ini akan membuatkan corak perwatakan anda lebih terarah. Dan ini memudahkan pihak SPA dalam mengenalpasti adakah sesuatu jawatan itu bersesuai dengan diri anda ataupun tidak.
Anda nak tahu tak apa yang cuba dinilai daripada sepuluh soalan ini? Sila klik butang di bawah untuk baca huraian jawapan lengkap.
PENTING! Huraian jawapan ini merupakan inisiatif Cikgu Khairul dalam membantu anda buat persediaan. Sila pastikan anda membeli melalui link Cikgu Khairul dalam memastikan anda layak untuk claim huraian jawapan ini.
Langkah 2:
Sila pastikan rujukan ialah Cikgu Khairul. Itu bermaksud pembelian anda melalui saya dan 100% layak untuk claim bonus.
Langkah 3:
Sila whatsapp cikgu dengan menunjukkan resit pembelian Rujukan Psikometrik. Nanti cikgu berikan password untuk akses huraian jawapan ini.
Sila whatsapp saya di nombor ini.