Merujuk kepada kecenderungan individu untuk mendapatkan rangsangan dan kepuasan dari interaksi sosial dan aktiviti luaran.
Individu dengan skor tinggi (extrovert) cenderung ramah, asertif, bersemangat, dan gemar bergaul.
Individu dengan skor rendah (introvert) cenderung pendiam, suka bersendirian, dan lebih fokus kepada pengalaman dalaman.
Soalan 1. Rakan-rakan mudah memahami apa yang saya cuba sampaikan dalam sesi mesyuarat.
A. Ya
B. Tidak
Cenderung kepada extraversi skor tinggi sebab individu ini lebih mudah menyampai apa diingini melalui percakapan.
Cenderung kepada extraversi skor rendah.
Soalan 2. Saya sukar meluahkan idea dalam mesyuarat walaupun dalam fikiran saya ada banyak idea.
A. Ya
B. Tidak
Cenderung kepada extraversi skor rendah sebab sukar meluahkan apa yang berada difikiran.
Cenderung kepada extraversi skor tinggi.
Merujuk kepada kecenderungan individu untuk berbelas kasihan, bekerjasama, dan mengutamakan keharmonian dalam hubungan interpersonal.
Individu dengan skor tinggi cenderung baik hati, pemaaf, empati, dan gemar membantu orang lain.
Individu dengan skor rendah cenderung terus terang, suka akan persaingan, dan mungkin kurang mengutamakan keperluan orang lain.
Soalan 3. Saya akan pastikan setiap pendapat yang saya utarakan dalam mesyuarat diterima oleh rakan-rakan yang lain walaupun ada rakan membantah.
A. Ya
B. Tidak
Cenderung kepada kebersetujuan skor rendah kerana mengutamakan idea sendiri dan sanggup berdepan dengan konflik.
Cenderung kepada kebersetujuan skor tinggi.
Soalan 4. Saya akan mengambil kira setiap cadangan rakan-rakan yang lain dalam mesyuarat walaupun cadangan itu bertentangan dengan prinsip hidup saya.
A. Ya
B. Tidak
Cenderung kepada kebersetujuan skor tinggi kerana cuba meraikan pendapat orang lain walaupun tidak menyukai.
Cenderung kepada kebersetujuan skor rendah.
Merujuk kepada kecenderungan individu untuk meneroka idea, pengalaman, dan rangsangan baharu.
Individu dengan skor tinggi cenderung kreatif, imaginatif, ingin tahu, dan terbuka kepada perubahan.
Individu dengan skor rendah cenderung praktikal, konvensional, dan lebih selesa dengan rutin yang telah ditetapkan.
Soalan 5. Apabila rakan-rakan mengutarakan pendekatan atau strategi baharu dalam mesyuarat, saya sentiasa bersedia untuk mempertimbangkan dan meneroka potensi idea tersebut.
A. Ya
B. Tidak
Cenderung kepada keterbukaan skor tinggi kerana lebih terbuka kepada idea, konsep, atau pendekatan baharu.
Cenderung kepada keterbukaan skor rendah.
Soalan 6. Dalam memutuskan keputusan dalam mesyuarat, saya lebih suka memilih perlaksanaan yang terbukti membuahkan hasil berbanding perlaksanaan sekadar idea semata-mata.
A. Ya
B. Tidak
Cenderung kepada keterbukaan skor rendah kerana tidak gemarkan ketidakpastian.
Cenderung kepada keterbukaan skor tinggi.
Merujuk kepada tahap organisasi, disiplin diri, dan motivasi individu dalam mencapai matlamat.
Individu dengan skor tinggi cenderung berdisiplin, bertanggungjawab, teliti, dan berorientasikan pencapaian.
Individu dengan skor rendah cenderung kurang teratur, lebih santai, dan mungkin menghadapi kesukaran dalam pengurusan masa atau komitmen.
Soalan 7. Saya boleh hadirkan diri pada tepat pada masanya setiap kali mesyuarat dilakukan.
A. Ya
B. Tidak
Cenderung kepada kehematan skor tinggi kerana suka mematuhi sesuatu perancangan.
Cenderung kepada kehematan skor rendah.
Soalan 8. Saya suka mesyuarat dilakukan secara mengejut dan tiada masalah bagi saya untuk berkejar-kejar melakukan persediaan.
A. Ya
B. Tidak
Cenderung kepada kehematan skor rendah kerana kurang keutamaan terhadap perancangan dan penyusunan aktiviti.
Cenderung kepada kehematan skor tinggi.
Merujuk kepada kecenderungan individu untuk mengalami emosi negatif dan ketidakstabilan emosi.
Individu dengan skor tinggi cenderung tenang, stabil dari segi emosi, dan berdaya tahan dalam menghadapi tekanan.
Individu dengan skor rendah cenderung mudah risau, sensitif, dan terdedah kepada tekanan atau kemurungan.
Soalan 9. Saya kekal tenang dan fokus dalam mesyuarat, walaupun perbincangan menjadi hangat atau pendapat yang bertentangan dikemukakan.
A. Ya
B. Tidak
Cenderung ke arah kestabilan emosi skor tinggi kerana mampu kekal tenang.
Cenderung ke arah kestabilan emosi skor rendah.
Soalan 10. Ketika bermesyuarat, saya berasa seolah-olah cadangan saya tidak diendahkan oleh rakan-rakan lain.
A. Ya
B. Tidak
Cenderung ke arah kestabilan emosi skor rendah kerana ada unsur kebimbangan atau kerisauan terhadap penolakan ataupun kritikan.
Cenderung ke arah kestabilan emosi skor tinggi.
Untuk makluman anda, ujian psikometrik adalah satu ujian nak menguji personaliti anda. Contohnya dalam kategori kebersetujuan, sekiranya personaliti anda secara semulajadi sudah sederhana, apa sekalipun jawapan yang anda pilih, tetap akan membentuk satu personaliti yang sederhana.
Apa yang menjadi isunya ialah sekiranya anda secara semulajadi mempunyai skor rendah ataupun tinggi dalam kebersetujuan, tapi cuba untuk sederhanakan skor kebersetujuan itu.
Disebabkan personaliti sederhana itu tak wujud dalam diri, agak sukar nak memilih jawapan yang mencerminkan skor sederhana ini. Jika situasi ini berlaku, itu bermaksud personaliti diri anda kurang sesuai dengan jawatan.
Untuk set 200 soalan, terdapat 66 soalan kebersetujuan. 58 soalan mencerminkan skor tinggi dan 8 soalan mencerminkan skor rendah.
1. Untuk 58 soalan skor tinggi:
➥ 25 jawapan "C. Setuju"
➥ 25 jawapan "B. Tidak setuju"
➥ 4 jawapan "D. Sangat setuju"
➥ 4 jawapan "A. Sangat tidak setuju"
2. Untuk 8 soalan skor rendah:
➥ 4 jawapan "C. Setuju"
➥ 4 jawapan "B. Tidak setuju"
Personaliti seseorang itu tak dinilai kepada satu jawapan sahaja, tapi dinilai kepada keseluruhan jawapan. Kesemua jawapan dalam kategori yang sama akan dihimpunkan, kemudian semua jawapan itu akan dibentuk menjadi satu profil personaliti.
Apabila wujud keseimbangan antara kebersetujuan skor tinggi dan skor rendah dalam profil itu, daripada situ kesederhanaan dalam personaliti kebersetujuan akan terbentuk.