Adakah Anda Salah Seorang Calon Yang Bakal Menduduki Ujian Psikometrik Latihan Jururawat Pada Bulan Ini?

Risau Gagal?
Jom Saya Kongsikan Kepada Anda Cara Menjawab Soalan Psikometrik Dengan Cara Yang Betul.

Cikgu Khairul

Pertama sekali, salam perkenalan daripada saya Cikgu Khairul. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda soalan ujian psikometrik latihan jururawat mengikut format tahun ini.

Dalam banyak-banyak ujian SPA, ujian psikometrik adalah ujian paling mudah untuk dijawab. Anda tahu tak kenapa ujian ini mudah? Sebabnya anda tak perlu hafal formula matematik, tak perlu ingat fakta, tak perlu tahu isu semasa, tak perlu tahu grammar. 

  • Tak ada soalan daya menyelesaikan masalah.
  • Tak ada soalan kefahaman bahasa inggeris.
  • Tak ada soalan pengetahuan am.

Semuanya soalan berkaitan dengan perwatakan diri anda sendiri. Soalan hanya bertanyakan adakah anda seorang yang teliti, adakah anda seorang yang penyabar, dan soalan-soalan bersifat keperibadian yang lain.

Soalan psikometrik ini berbentuk objektif dan biasanya mempunyai dua atau lima pilihan jawapan.

  • Ya atau Tidak
  • Betul atau Salah
  • Ya atau Betul atau Tidak Pasti
  • Sangat Setuju, Setuju, Tak Pasti, Tidak Bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju

Kalau Mudah, Patut Ramailah Yang Akan Luluskan?

Oh, jangan fikir macam tu dulu. Tujuan utama ujian psikometrik ini bukanlah untuk meluluskan calon. Tapi ianya bertujuan untuk menapis dan mengecilkan jumlah calon. Bila calon dah sikit, itu akan memudahkan sesi temuduga dijalankan.

Jika calon dipanggil hadir exam seramai 20,000 orang, ianya akan ditapis dan dikecilkan menjadi 2,000 orang. Hanya calon-calon yang berkualiti sahaja yang berjaya melepasi ujian ini.

Tak percaya?

Di bawah ini merupakan statistik exam psikometrik yang pernah dijalankan sebelum ini.


Ramai Gagal.

Yang hadir exam memang ramai, yang gagal exam pun ramai jugak. Persoalannya sekarang, adakah anda salah seorang calon yang gagal ataupun calon yang lulus?

Jadi, apa yang dinilai sebenarnya dalam ujian psikometrik ini sehinggakan ramai calon gagal melepasi ujian ini? Jom saya tunjukkan kepada anda beberapa soalan exam lepas dan apa yang dinilai.

1. Saya biasanya mengotakan janji untuk melaksanakan sesuatu, walaupun ia menyusahkan atau tidak menyenangkan.

A. Ya
B. Tidak

Apa yang dinilai?

👉 Mengenalpasti adakah calon mempunyai sifat tanggungjawab dalam diri.


2. Saya fikir tidak mengapa untuk tidak mengendahkan undang-undang selagi mana saya tak melanggarnya.

A. Sangat tidak setuju
B. Tidak setuju
C. Setuju
D. Sangat setuju

Apa yang dinilai?

👉 Mengenalpasti adakah calon seorang yang berdisiplin ataupun tidak.


3. Saya bersedia mengkaji semula semua maklumat berkaitan projek terdahulu untuk memastikan bahawa perancangan projek baru mempertimbangkan pengalaman yang saya ada.

A. Sangat tidak setuju
B. Tidak setuju
C. Tak pasti
D. Setuju
E. Sangat setuju

Apa yang dinilai?

👉 Mengenalpasti adakah calon mempunyai sifat analitikal ataupun tidak.

Soalan memang nampak mudah. Tapi disebalik soalan yang mudah ini sebenarnya ia sedang mencungkil sikap-sikap negatif yang ada dalam diri anda. 

Ada sesetengah calon suka ambil mudah, "Apa susah, bagi jer jawapan positif semua".

Tapi anda perlu ingat satu perkara. Soalan-soalan ini direka khas oleh pakar psikologi. Ada soalan direka untuk mengelirukan anda. Apa yang anda fikir sikap positif, itulah sikap negatif yang sebenar.

Sehebat mana pun anda sembunyikan sikap negatif dalam diri, pastinya akan 'terkantoi' jugak.

Bagaimana nak tahu adakah anda sudah bersedia untuk mengambil exam psikometrik ini? Jom jawab kuiz mudah psikometrik di bawah ini. 

Dalam kuiz ini terdapat 28 soalan berkaitan dengan psikometrik. Apakah skor yang bakal anda dapat? Adakah LULUS atau GAGAL

Macam Mana Nak Lulus?


Ujian psikometrik macam dah jadi tapisan wajib untuk masuk kerja kerajaan. Tak susah pun ujian ni. Ianya lebih kepada nak tapis calon yang betul-betul sesuai dengan jawatan yang dipohon.

Kunci paling utama untuk lulus ujian psikometrik ialah:


"Tonjolan Nilai Positif",
"Teguhkan Pendirian Anda"


Sebagai seorang penjawat awam, antara perwatakan yang perlu ada dalam diri anda ialah sikap teliti. Majikan mana yang suka pekerjanya mempunyai sikap cuai kan? Setuju tak?

Atas sebab itulah kenapa seorang penjawat awam perlu mempunyai sikap teliti bagi mengelakkan kesilapan ketika mereka menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka.

Jadi, pihak SPA lebih menekankan calon yang bersifat teliti dalam menjawat jawatan ini. Bagaimana pihak SPA nak tapis ribuan calon yang betul-betul mempunyai sikap teliti?

Di bawah ini merupakan soalan yang menguji sikap ketelitian dalam diri seorang calon pembantu makmal.

Soalan 1. Jika menghadapi masalah fikiran saya akan menjadi tenang.

A. Ya
B. Tidak


Soalan ini sebenarnya ingin menguji sama ada anda mempunyai sikap teliti ataupun tidak. Antara sikap individu yang mempunyai sikap ketelitian yang tinggi ialah mereka sentiasa tenang.

Jika individu itu tidak mempunyai sikap tenang, setiap pekerjaan yang mereka lakukan secara sambil tergesa-gesa dan boleh mengundang kecuaian.

Bagi membuktikan anda ini seorang individu yang mempunyai sikap teliti, anda perlu tunjukkan sikap tenang dalam diri anda dengan memilih jawapan SETUJU.


Group Telegram Rasmi Ujian Psikometrik.

Sila join telegram ini bagi mendapatkan lagi banyak info tentang ujian psikometrik sepanjang bulan ini. Antaranya perkara yang saya kongsikan ialah..

  • Contoh Soalan Perangkap Psikometrik.
  • Cara Menjawab Soalan Psikometrik.
  • Markah Lulus Ujian Psikometrik.
  • 3 Perkara Menggagalkan Calon Psikometrik.

"Teguhkan Pendirian Anda"


Ujian psikometrik ini juga boleh tahu sama ada individu itu berlaku jujur ataupun sekadar berpura-pura ketika menjawab soalan. Setiap soalan akan bertanyakan soalan yang berulang-ulang.

Tujuannya ialah untuk memastikan dan mengesahkan sesuatu sikap itu betul-betul wujud dalam diri anda ataupun sekadar dibuat-buat.

Soalan di bawah ini digunakan untuk mengesahkan sama ada anda mempunyai sikap teliti ataupun tidak.

Soalan 2: Walaupun meja kerja saya berselerakan tetapi saya tahu di mana saya meletakkan barang saya.

A. Setuju

B. Tidak Setuju


Kalau anda nak tahu, soalan 1 dan soalan 2 itu saling berkaitan antara satu sama lain. 

Soalan 1 itu bertujuan untuk menguji adakah anda seorang individu yang teliti. Soalan 2 pula digunakan untuk mengesahkan adakah betul anda mempunyai sikap teliti itu ataupun anda sekadar buat-buat ada.

Jadi, saya huraikan pernyataan ini kepada dua sudut penilaian, dari sudut menyokong dan juga dari sudut membangkang.

Membangkang:

Kajian yang dibuat oleh Universiti Minnesota, Amerika Syarikat mendapati pekerja yang mempunyai meja yang teratur lebih cenderung melakukan pekerjaan yang hanya diberikan kepadanya.

Berbanding pekerja yang memiliki meja berselerak, mereka ini lebih konsisten dalam menghasilkan kerja lebih produktif, kreatif serta mempunyai idea-idea baharu dalam meningkatkan mutu kerja.

Menyokong:

Setuju tak kalau saya katakan individu yang cuai ini selalu terlupa dekat mana dia meletakkan barang dia? Kalau kunci kereta, setiap kali nak start kereta, setiap kali itulah tercari-cari dekat mana kunci tu berada.

Jika anda menyokong soalan 2 ini, itu menunjukkan anda ingat dekat mana anda meletakkan barang anda. Dan itu cukup membuktikan anda bukanlah seorang individu yang bersikap cuai.

  • Soalan 1: Tenang dalam semua keadaan = Teliti
  • Soalan 2: Ingat dekat mana meletakkan barang = Teliti

Apa akan jadi jika anda membangkang soalan 2 ini?

Jika anda membangkang soalan 2 ini, jelas menunjukkan anda seorang individu yang mempunyai sikap cuai dalam diri. Jadi, jawapan 1 dan jawapan 2 menjadi bercanggah antara satu sama lain.

  • Soalan 1: Tenang dalam semua keadaan = Teliti
  • Soalan 2: Cuai dalam meletakkan barang = Tidak teliti

Ketika ini, pihak SPA menganggap anda individu yang tidak jujur ketika menjawab ujian psikometrik. Kerana psikologi individu yang tidak jujur ialah mereka tidak mempunyai pendirian yang tetap. Sekejap teliti sekejap tidak teliti.

Jawapan yang sepatutnya anda berikan ialah SETUJU. Jawapan ini dapat membuktikan anda seorang individu yang teliti dan tidak mudah melakukan kecuaian.

Hampir empat ribu calon yang jawab kuiz ini tidak setuju dengan pernyataan ini. Nampak tak betapa ramai yang dah terjatuh ke dalam jerat psikologi ini.


Mahukan Lagi Soalan & Huraian Jawapan Seperti Ini?


Untuk persediaan ujian yang bakal tiba nanti, saya highly recommended kepada anda untuk baca satu rujukan psikometrik ini.

Sila klik butang di bawah ini untuk baca.