Salah Faham Tentang Ujian Psikometrik

Sebenarnya, ramai lagi calon tak boleh membezakan antara ujian psikometrik dengan ujian pendidikan moral. Ujian memang nampak sama jika dilihat pada soalan, tapi ianya sebenarnya jauh berbeza.

Nak tahu apa perbezaan tu? Jom baca artikel yang saya sediakan ini.

Cikgu Khairul


Jika pernyataan ini dinilai daripada sudut moral, memang jawapan YA adalah yang terbaik. Tapi berlainan pula jika pernyataan ini dinilai daripada sudut psikometrik. Anda sokong pun ada nilai positif, anda bangkang pun ada nilai positif.

Untuk makluman anda, kedua-dua soalan ini digunakan untuk kategorikan seseorang individu itu kepada seorang yang berperwatakan sentimental ataupun seorang yang analitikal.

Di bawah ini merupakan ciri-ciri dan perbezaan yang mungkin terdapat dalam kedua-dua perwatakan ini.


  • Sentimental:
    Berlembut hati, penyayang, kesetiaan.
  • Analitikal:
    Berkeras hati, analisis, berpandangan jauh.

Soalan 1: Saya hanya menerima teguran orang lain sekiranya ada bukti yang menyokong.


A. Ya
B. Tidak

Jika anda menyokong pernyataan dalam soalan 1, itu bermaksud anda cenderung kepada perwatakan analitikal. Individu analitikal ini suka menilai sesuatu perkara berdasarkan bukti. Walaupun mereka ini sedikit tegas dalam tindakan, sekiranya ada sesuatu yang boleh membuktikan kebenaran sesuatu perkara, mereka akan menerima perkara itu walaupun tidak menyukainya.

Berlainan pula jika anda membangkang pernyataan ini, itu membuktikan anda mempunyai kecenderungan kepada perwatakan sentimental. Individu sentimental ini suka menjaga hati orang lain. Mereka sanggup menerima sesuatu keputusan asalkan tidak berlakunya konflik, walaupun keputusan itu tidak disukai oleh mereka.

Soalan 2: Saya akan menerima keputusan ahli kumpulan walaupun keputusan itu bakal menggagalkan matlamat utama kumpulan.


A. Ya
B. Tidak


Jika anda menyokong pernyataan dalam soalan 2 ini, itu membuktikan anda mempunyai kecenderungan kepada perwatakan sentimental. Individu sentimental ini lebih terbuka dengan orang lain dalam menerima sesuatu perkara. Mereka tidak suka berkonflik dalam menentukan siapa yang betul dan siapa yang salah.

Jika anda membangkang pula, itu bermaksud anda mempunyai kecenderungan kepada perwatakan analitikal. Individu ini lebih berpandangan jauh dalam membuat sesuatu keputusan.

Jika sesuatu keputusan itu boleh menggagalkan matlamat kumpulan, mereka akan sedaya upaya menolak keputusan itu walaupun keputusan itu tidak disukai oleh orang lain. Mereka sanggup berdepan dengan konflik dalam menentukan siapakah yang benar.

  • Konsisten kepada perwatakan sentimental:
    Soalan 1: Tidak, Soalan 2: Ya
  • Konsisten kepada perwatakan analitikal:
    Soalan 1: Ya Soalan, 2: Tidak

Jadi, anda kena pastikan diri anda berada dalam salah satu golongan ini, sama ada perwatakan sentimental ataupun analitikal. Gagal dan lulus ujian psikometrik pula bergantung kepada ketua jabatan. Ada sesetengah jawatan, ketua jabatan memerlukan seorang calon yang bersikap sentimental, ada jawatan memerlukan seorang calon bersikap analitikal.

Ramai calon sebelum ini gagal disebabkan mereka tak tunjukkan kecenderungan perwatakan mereka. Nak kata sentimental pun ya, nak kata analitikal pun ya. Semua perwatakan ada dalam diri mereka.

Normal seorang manusia hanya cenderung kepada satu perwatakan sahaja. Dekat situ akan memberi signal kepada pihak SPA wujudnya ketidakjujuran ketika menjawab ujian. Peluang untuk lulus akan menjadi tipis.


Takut Terperangkap Dengan Soalan Tricky Seperti Ini?

Saya pasti anda pun tak mahu digagalkan dengan soalan tricky macam ini kan? Sepastinya setiap calon yang mengambil ujian ini nak lulus. Tapi itu tak mudah. Memang ujian ini dicipta untuk memerangkapkan anda.

Kerana salah satu tujuan ujian ini dijalankan ialah ingin mengecilkan jumlah calon ke peringkat temuduga. Cuba anda tengok statistik di bawah ini.

Mengikut Statistik, Lebih 84% Calon Akan Digagalkan Setiap Kali Keputusan Ujian Diumumkan.

Jika anda gagal ujian kali ini, anda terpaksa menunggu tahun depan untuk panggilan jawatan yang sama. Umur pun semakin meningkat tahun demi tahun. Terlalu banyak masa dibazirkan untuk menjawat jawatan idaman anda.

10 Kali Ujian Tapi Masih Dukacita..

Anda boleh tengok pada calon ini. Dah 10 kali ambil ujian pun masih lagi gagal. Dah ulangkaji seminggu pun masih lagi gagal. Dah tak tahu kenapa asyik gagal, mungkin belum lagi rezeki katanya.

Calon ini gagal bukanlah disebabkan dia tidak layak. Kerana semua calon yang dipanggil untuk mengambil ujian ini semuanya layak. Mereka layak kerana memenuhi syarat-syarat akademik yang ditetapkan oleh pihak SPA.

Apa yang saya perasan, kebanyakan mereka ini gagal disebabkan oleh mereka tidak tahu apa sikap yang dinilai dalam setiap soalan yang ditanya. Setiap soalan ada nilai tanggungjawab, nilai kerjasama, nilai yakin diri, nilai menepati masa dan nilai-nilai positif yang lain.

Jadi, anda tak boleh jawab ujian ini tanpa persediaan. Tak boleh mengharapkan kepada nasib semata-mata tanpa ada usaha. Sekurang-kurangnya anda perlu tahu apa nilai yang cuba dicungkil dalam setiap soalan.

Masalahnya sekarang, macam mana nak tahu sikap apa yang cuba dinilai dalam setiap soalan tu?

Saya Syorkan Anda..

Untuk persediaan ujian yang bakal tiba nanti, saya highly recommended kepada anda untuk baca satu rujukan psikometrik ini. Dalam buku ini, kami telah jelaskan secara terperinci bagaimana cara yang tepat menjawab soalan psikometrik.

Dalam buku ini terdapat 200 soalan lengkap dengan huraian jawapan, mudah anda nak faham sikap apa yang diuji disebalik setiap soalan. Soalan pulak sentiasa dikemaskini mengikut standard yang dikeluarkan oleh SPA dan mengikut format ujian psikometrik tahun ini.

Taklah anda buang masa pergi buat latih tubi soalan-soalan format lama kan. Tapi sempat ke nak studi? Exam dah dekat ni?

Jangan risau, sebab ebook ini dihantar menggunakan emel. Lepas selesai pembayaran, anda boleh download terus dekat emel dan terus boleh baca. Tak sampai 5 minit pun. Tak perlu tunggu-tunggu.