Dominan Otak Kiri Dan Otak Kanan.

Dalam ujian psikometrik, salah satu skop penilaian ujian ini ialah dominan otak kanan dan otak kiri. Setiap manusia hanya terbahagi kepada dua dominan sahaja dan setiap mereka mempunyai perwatakan yang berbeza bergantung kepada dominan otak mereka.

Nak tahu apa perbezaan tu? Jom baca artikel yang saya sediakan ini.


Cikgu Khairul


Semasa cikgu belajar tentang psikologi dulu, topik yang pertama dalam psikologi adalah mengenali fungsi otak. Topik ini merupakan asas kepada psikologi. Untuk pengetahuan anda, manusia ini dikategorikan kepada dua golongan. Golongan dominan otak kiri dan golongan dominan otak kanan.

Jika seseorang itu dominan kepada otak kiri, mereka lebih berminat kepada logik. Manakala seseorang yang dominan otak kanan pula lebih berminat kepada seni.

  • Otak kiri = Logik
  • Otak kanan = Seni

Jika anda mendapat keputusan ditengah-tengah pula bagaimana? Nak kata otak kiri pun tidak, nak kata otak kanan pun tidak. Jika anda mendapat keputusan macam itu, itu jelas menunjukkan anda TIDAK ADA PENDIRIAN. Punca berlakunya perkara ini disebabkan oleh:

  • Tiada keyakinan diri
  • Keliru dengan identiti diri sendiri
  • Tidak berlaku jujur

Gagal Dan Lulus Ujian.

Bagaimana dominan otak kiri dan otak kanan ini boleh mempengaruhi lulus atau gagal sesuatu ujian online?

Jika jawatan itu berkaitan dengan jawatan seorang jurutera, pihak SPA akan mencari individu yang mempunyai dominan otak kiri. Jika jawatan itu berkaitan dengan jawatan seorang ahli psikologi, pihak SPA akan mencari individu yang mempunyai dominan otak kanan.

Penting sangat ke dominan otak ni? Sehinggakan menjadi salah satu penilaian dalam ujian psikometrik?

  • Jawapan ringkas, YA.

Cuba anda bayangkan jika seorang yang dominan otak kanan dilantik untuk jawatan jurutera. Individu yang dominan otak kanan ini diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan projek pembinaan bangunan. Agak-agak anda, boleh siap tak bangunan tu?

Kalau bangunan tu boleh siap, agak-agak anda ada risiko untuk runtuh tak bangunan tu? Kerana perwatakan yang wajid ada dalam diri seorang jurutera ialah.. [bersambung di bawah…]


Koleksi Kuiz Psikometrik.

Kesemua soalan kuiz ini saya kumpul daripada ujian psikometrik yang sebenar. Nanti anda mudah nak tahu sikap apakah yang cuba diuji melalui soalan yang ditanya.

  • Kuiz sikap disiplin
  • Kuiz sikap tanggungjawab
  • Kuiz sikap amanah
  • Kuiz sikap kerjasama
  • Kuiz sikap teliti
  • Kuiz sikap yakin diri
  • Kuiz sikap analitikal

Sila klik butang di bawah ini untuk jawab kuiz.


Kerana perwatakan yang wajid ada dalam diri seorang jurutera ialah sikap analitikal, keupayaan dalam sains dan matematik, dan juga keupayaan dalam mentafsir logik. Di mana sikap ini tiada dalam individu yang mempunyai dominan otak kanan.

Tapi ini hanyalah contoh, realiti sebenar perlantikan itu tak berlaku pun. Sebabnya, individu yang dominan otak kanan akan digagalkan secara automatik untuk tapisan jawatan jurutera. Mereka akan digagalkan seawal ujian online lagi.

Jadi, jangan hairan pula jika anda dah jawab ujian psikometrik positif macam malaikat sekali pun, tapi masih lagi gagal. Anda gagal bukanlah disebabkan oleh sikap negatif, kegagalan itu berpunca daripada ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan itu tiada dalam diri anda.


Contoh Soalan.

Ini pula contoh soalan nak kategorikan anda kepada golongan dominan otak kiri dan otak kanan.

Soalan 1: Saya tidak berminat mata pelajaran matematik.

A. Setuju

B. Tidak Setuju


Ulasan: Jika anda menyokong pernyataan ini, jelas menunjukkan anda ini mempunyai dominan otak kanan. Manakala jika anda membangkang pula, itu membuktikan anda mempunyai dominan otak kiri. Kerana individu dominan otak kiri mempunyai kecenderungan terhadap subjek pengiraan.

Soalan 2: Setiap keputusan dan tindakan yang saya lakukan selalunya dipengaruhi oleh emosi.

A. Setuju

B. Tidak Setuju


Ulasan: Jika anda menyokong pernyataan ini, itu menunjukkan anda mempunyai kecenderungan kepada dominan otak kanan. Individu dominan otak kanan mudah dipengaruhi oleh emosi. Jika mereka gembira, lain keputusan mereka. Jika mereka sedih, lain pula keputusan mereka.

Jika anda membangkang pula, itu membuktikan anda ini seorang dominan otak kiri. Kerana individu dominan otak kiri melakukan tindakan dan keputusan berdasarkan fakta dan jarang dipengaruhi oleh emosi.

Nota: Dominan otak kiri dan otak kanan hanyalah salah satu daripada penilaian dalam ujian psikometrik. Bukanlah bermaksud ujian ini hanya nak cari individu dominan otak kiri dan otak kanan sahaja. Terdapat banyak lagi penilaian yang cuba dinilai dalam ujian ini seperti cara pergaulan, cara pemikiran, sikap kepimpinan, dan lain penilaian psikologi yang lain.


Best tak baca penjelasan yang saya berikan ini? Saya ada kongsikan banyak lagi tips-tips seperti ini dalam bonus. Nanti anda boleh claim bonus-bonus percuma kat bawah ini ya.


Selepas Membaca Rujukan Ini..

  • Anda dapat tahu dengan jelas apa yang dinilai dalam ujian. Terdapat 18 penilaian utama yang ramai calon masih tak tahu.
  • Anda dapat jimatkan banyak masa ketika calon lain masih lagi tercari-cari bahan untuk study. Format soalan tahun ini tak sama dengan tahun lepas.
  • Anda akan tahu apa perangkap disebalik setiap soalan. Terdapat 200 soalan lengkap dengan huraian jawapan dalam buku ini.
  • Anda akan tahu cara pemilihan jawapan yang konsisten. Ramai calon gagal ujian ini disebabkan mereka tak konsisten.

Sila klik butang di bawah ini untuk download rujukan psikometrik ini sekarang.

Soalan Kerap Ditanya

Kalau beli dari agent lain, layak tak nak claim bonus tu?

Bonus tu hanya layak jika pembelian melalui link http://exampsikometrik.com sahaja. Selain daripada link itu, tidak layak untuk claim. Saya sudah habiskan banyak masa dan kos dalam menyiapkan bonus ini. Sebab itulah saya tidak boleh sewenang-wenangnya memberikan secara percuma kepada semua.

Sempat ke nak pos?
Buku ini berbentuk digital, format PDF. Saya akan emelkan ebook ini terus kepada emel anda selepas selesai pembayaran. Tiada pengeposan dilakukan dan anda tak perlu menunggu berhari-hari.
Ada berapa soalan?

Dalam rujukan ini kami sediakan 200 soalan lengkap dengan huraian jawapan. Anda akan tahu apa yang dinilai disebalik soalan melalui huraian jawapan ini. Nak tengok isi kandungan buku ini? Anda boleh download » PREVIEW COPY ini.

Harga berapa?

Terdapat tiga pakej, RM40, RM60 dan RM100. Setiap pakej mempunyai rujukan yang berbeza. Untuk persediaan ujian psikometrik sahaja, pakej RM40 sudah cukup memadai. Sepastinya anda ambil ujian ini nak lulus kan? Jadi, saya lebih syorkan anda untuk ambil pakej RM100. Kerana pakej itu disertakan sekali dengan Rujukan Temuduga Kerajaan. Jika dibeli berasingan, rujukan temuduga itu sahaja sudah RM100. Anda sudah jimat dekat situ.

Pakej mana ada huraian jawapan?
Semua pakej ada disediakan huraian jawapan. Dari pakej RM40, RM60 dan RM100, semua lengkap dengan huraian jawapan.
Ada berapa muka surat?
Rujukan ni terdapat 90 lebih muka surat. Dalam ebook ini ada nota cara menjawab ujian psikometrik, contoh soalan dan huraian jawapan.
Ada soalan matematik tak?
Untuk makluman anda, soalan matematik telah digugurkan sejak Januari 2020 dari ujian ini. Adakah ujian akan datang confirm tak ada soalan matematik? Itu saya tidak berani janji, kerana kuasa terletak pada pihak SPA. Kemungkinan besar tak ada soalan matematik kerana ujian terakhir ada soalan matematik pun pada Januari 2020. Sebagai langkah berjaga-jaga, saya syorkan anda buat sedikit persediaan. Usah risau, dalam rujukan ini saya disertakan sekali dengan nota & soalan matematik.
Confirm lulus ke?

Kami tidak menjanjikan anda lulus. Kerana kuasa meluluskan dan menggagalkan calon itu 100% terletak pada pihak SPA. Apa yang kami janjikan ialah anda akan tahu apa yang dinilai disebalik setiap soalan. Ramai pembaca buku ini memberikan maklum balas positif kerana mereka tahu sikap apa yang ingin dicungkil disebalik setiap soalan.