Huraian Konsisten 8 Soalan.

Mesti anda tertanya-tanya, sikap apa sebenarnya yang cuba dicungkil melalui sembilan soalan dekat emel tu? Jom saya kongsikan kepada anda sikap sebenar yang cuba dicungkil dan bagaimana sikap ini boleh meluluskan dan menggagalkan anda.


Cikgu Khairul


Untuk makluman anda, dalam sudut penilaian psikologi ini, manusia terbahagi kepada dua golongan. Golongan pemikir ataupun golongan perasaan.

  • Pemikir

    Perwatakan individu yang cenderung membuat keputusan berdasarkan fakta dan analisis yang bersifat logik.

  • Perasaan

    Perwatakan individu yang cenderung membuat keputusan berdasarkan nilai peribadi dan pertimbangan sosial mereka. 

Jadi, kesemua sembilan soalan anda jawab tadi hanyalah nak kategorikan anda kepada individu pemikir ataupun perasaan sahaja. Jom kita tengok di mana percanggahan jawapan yang anda dah jawab sebelum ini.


Huraian Jawapan.


Soalan 1: Kawan saya beritahu saya seorang yang mudah difahami.

A. Ya

B. Tidak

  • Menyokong

    Kecenderungan kepada sikap extrovert.

  • Membangkang

    Kecenderungan kepada sikap introvert.

Ulasan: Individu extrovert mudah difahami kerana mereka lebih terbuka berbanding individu introvert yang suka berahsia.


Soalan 2: Kebanyakan orang akan berkata bahawa saya seorang yang bersikap terbuka.

A. Ya

B. Tidak

  • Menyokong

    Kecenderungan kepada sikap extrovert.

  • Membangkang

    Kecenderungan kepada sikap introvert.

Ulasan: Individu extrovert lebih terbuka berbanding individu introvert yang mempunyai kecenderungan suka berahsia.


Soalan 3: Dalam kumpulan yang besar, saya lebih kerap diperkenalkan oleh orang lain.

A. Ya

B. Tidak

  • Menyokong

    Kecenderungan kepada sikap introvert.

  • Membangkang

    Kecenderungan kepada sikap extrovert.

Ulasan: Individu introvert lebih kerap diperkenalkan oleh orang lain, manakala individu extrovert pula gemar memperkenalkan diri mereka sendiri.


Soalan 4: Saya lebih cenderung meluangkan masa bersendirian.

A. Ya

B. Tidak

  • Menyokong

    Kecenderungan kepada sikap introvert.

  • Membangkang

    Kecenderungan kepada sikap extrovert.

Ulasan: Individu introvert lebih gemar meluangkan masa sendiri berbanding individu extrovert yang lebih cenderung untuk bersosial.


Huraian jawapan 5, 6, 7 dan 8 bersambung di bawah...



Koleksi Kuiz Psikometrik.

Kesemua soalan kuiz ini saya kumpul daripada ujian psikometrik yang sebenar. Nanti anda mudah nak tahu sikap apakah yang cuba diuji melalui soalan yang ditanya.

  • Kuiz sikap disiplin
  • Kuiz sikap tanggungjawab
  • Kuiz sikap amanah
  • Kuiz sikap kerjasama
  • Kuiz sikap teliti
  • Kuiz sikap yakin diri
  • Kuiz sikap analitikal

Sila klik butang di bawah ini untuk jawab kuiz.

Soalan 5: Jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah adalah bertanya kepada orang lain.

A. Ya

B. Tidak

  • Menyokong

    Kecenderungan kepada sikap extrovert.

  • Membangkang

    Kecenderungan kepada sikap introvert.

Ulasan: Individu extrovert lebih ringan mulut untuk bertanya manakala individu introvert pula bersifat berat mulut.


Soalan 6: Sewaktu majlis sambutan hari jadi, saya kadangkala berasa bosan.

A. Ya

B. Tidak

  • Menyokong

    Kecenderungan kepada sikap introvert.

  • Membangkang

    Kecenderungan kepada sikap extrovert.

Ulasan: Individu introvert menjadi kurang bertenaga apabila berada dikalangan orang ramai, manakala individu extrovert pula lebih bertenaga.


Soalan 7: Saya rasa tercabar apabila orang lain mempertikaikan keputusan saya.

A. Ya

B. Tidak

  • Menyokong

    Kecenderungan kepada sikap introvert.

  • Membangkang

    Kecenderungan kepada sikap extrovert.

Ulasan: Individu introvert bersifat lebih tertutup manakala individu extrovert pula bersifat lebih terbuka dalam mendengar pendapat orang lain.


Soalan 8: Secara amnya, boleh dikatakan orang lain akan mengambil mengambil masa yang singkat untuk mengenali diri saya.

A. Ya

B. Tidak

  • Menyokong

    Kecenderungan kepada sikap extrovert.

  • Membangkang

    Kecenderungan kepada sikap introvert.

Ulasan: Individu extrovert mudah dikenali kerana mereka lebih peramah dan terbuka, manakala individu introvert pula sukar dikenali kerana mereka gemar berahsia.


Nampak tak bagaimana ujian psikometrik ini berfungsi untuk mengkategorikan anda kepada golongan tertentu. Setiap jawatan memerlukan calon yang berperwatakan tertentu untuk menjawatnya.

Jika jawatan itu melibatkan pakar sains, individu berperwatakan introvert diutamakan. Jika jawatan itu melibatkan pakar jenayah kanak-kanak, individu berperwatakan extrovert pula menjadi keutamaan.

Tiada istilah golongan mana yang bersifat negatif dekat sini. Kerana kedua-dua golongan ini ada kelebihan dan kebolehan mereka masing-masing. Dalam sesuatu jabatan kerajaan, individu introvert dan extrovert ini saling melengkapi antara satu sama lain.


Nota: Perwatakan introvert dan extrovert hanyalah salah satu daripada penilaian dalam ujian psikometrik. Bukanlah bermaksud ujian ini hanya nak cari individu berperwatakan introvert dan extrovert sahaja. Terdapat banyak lagi penilaian yang cuba dinilai dalam ujian ini seperti cara pergaulan, cara pemikiran, sikap kepimpinan, dan penilaian psikologi yang lain.


Best tak baca huraian jawapan yang saya berikan ini? Saya ada kongsikan banyak lagi tips-tips seperti ini dalam bonus. Nanti anda boleh claim bonus-bonus percuma kat bawah ini ya.


Selepas Membaca Rujukan Ini..

  • Anda dapat tahu dengan jelas apa yang dinilai dalam ujian. Terdapat 18 penilaian utama yang ramai calon masih tak tahu.
  • Anda dapat jimatkan banyak masa ketika calon lain masih lagi tercari-cari bahan untuk study. Format soalan tahun ini tak sama dengan tahun lepas.
  • Anda akan tahu apa perangkap disebalik setiap soalan. Terdapat 200 soalan lengkap dengan huraian jawapan dalam buku ini.
  • Anda akan tahu cara pemilihan jawapan yang konsisten. Ramai calon gagal ujian ini disebabkan mereka tak konsisten.

Sila klik butang di bawah ini untuk download rujukan psikometrik ini sekarang.