Nampak tak bagaimana ujian psikometrik ini berfungsi untuk mengkategorikan anda kepada golongan tertentu. Setiap jawatan memerlukan calon yang berperwatakan tertentu untuk menjawatnya.
Jika jawatan itu melibatkan pakar sains, individu berperwatakan introvert diutamakan. Jika jawatan itu melibatkan pakar jenayah kanak-kanak, individu berperwatakan extrovert pula menjadi keutamaan.
Tiada istilah golongan mana yang bersifat negatif dekat sini. Kerana kedua-dua golongan ini ada kelebihan dan kebolehan mereka masing-masing. Dalam sesuatu jabatan kerajaan, individu introvert dan extrovert ini saling melengkapi antara satu sama lain.