Huraian Konsisten 8 Soalan.

Mesti anda tertanya-tanya, sikap apa sebenarnya yang cuba dicungkil melalui lapan soalan dekat emel tu? Jom saya kongsikan kepada anda sikap sebenar yang cuba dicungkil dan bagaimana sikap ini boleh meluluskan dan menggagalkan anda.


Cikgu Khairul


Untuk makluman anda, kelapan-lapan soalan itu hanyalah nak mengetahui bagaimana anda bersosial sahaja. Dalam dunia psikologi, manusia bersosial selalunya dikategorikan kepada dua golongan utama, iaitu:

  • Introvert

    Perwatakan individu yang menfokuskan pada diri sendiri sahaja.

  • Extrovert

    Perwatakan individu yang menfokuskan hal-hal dan perkara luaran dari dirinya.


Huraian Jawapan.


Soalan 1: Kawan saya beritahu saya seorang yang mudah difahami.

A. Ya

B. Tidak

  • Menyokong

    Kecenderungan kepada sikap extrovert.

  • Membangkang

    Kecenderungan kepada sikap introvert.

Ulasan: Individu extrovert mudah difahami kerana mereka lebih terbuka berbanding individu introvert yang suka berahsia.


Soalan 2: Kadang-kadang saya cepat bertindak balas tanpa banyak berfikir.

A. Ya

B. Tidak

  • Menyokong

    Kecenderungan kepada sikap extrovert.

  • Membangkang

    Kecenderungan kepada sikap introvert.

Ulasan: Individu extrovert lebih cenderung bertindak pantas berbanding individu introvert yang banyak berfikir sehingga terlambat untuk bertindak balas.


Soalan 3: Dalam kumpulan yang besar, saya lebih kerap diperkenalkan oleh orang lain.

A. Ya

B. Tidak

  • Menyokong

    Kecenderungan kepada sikap introvert.

  • Membangkang

    Kecenderungan kepada sikap extrovert.

Ulasan: Individu introvert lebih kerap diperkenalkan oleh orang lain, manakala individu extrovert pula gemar memperkenalkan diri mereka sendiri.


Soalan 4: Saya tidak menceritakan hal mereka kepada orang lain.

A. Ya

B. Tidak

  • Menyokong

    Kecenderungan kepada sikap introvert.

  • Membangkang

    Kecenderungan kepada sikap extrovert.

Ulasan: Individu introvert lebih suka berahsia manakala individu extrovert pula lebih terbuka dalam berkongsi perkara yang mereka tahu.


Huraian jawapan 5, 6, 7 dan 8 bersambung di bawah...


Koleksi Kuiz Psikometrik.

Kesemua soalan kuiz ini saya kumpul daripada ujian psikometrik yang sebenar. Nanti anda mudah nak tahu sikap apakah yang cuba diuji melalui soalan yang ditanya.

  • Kuiz sikap disiplin
  • Kuiz sikap tanggungjawab
  • Kuiz sikap amanah
  • Kuiz sikap kerjasama
  • Kuiz sikap teliti
  • Kuiz sikap yakin diri
  • Kuiz sikap analitikal

Sila klik butang di bawah ini untuk jawab kuiz.

Soalan 5: Jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah adalah bertanya kepada orang lain.

A. Ya

B. Tidak

  • Menyokong

    Kecenderungan kepada sikap extrovert.

  • Membangkang

    Kecenderungan kepada sikap introvert.

Ulasan: Individu extrovert lebih ringan mulut untuk bertanya manakala individu introvert pula bersifat berat mulut.


Soalan 6: Kadang-kadang saya terlalu banyak berfikir sehingga terlambat untuk bertindak balas kepada sesuatu perkara.

A. Ya

B. Tidak

  • Menyokong

    Kecenderungan kepada sikap introvert.

  • Membangkang

    Kecenderungan kepada sikap extrovert.

Ulasan: Individu extrovert lebih cenderung bertindak pantas berbanding individu introvert yang banyak berfikir sehingga terlambat untuk bertindak balas. 


Soalan 7: Saya lebih banyak mendengar daripada berkata-kata.

A. Ya

B. Tidak

  • Menyokong

    Kecenderungan kepada sikap introvert.

  • Membangkang

    Kecenderungan kepada sikap extrovert.

Ulasan: Individu introvert bersifat lebih suka diam manakala individu extrovert pula bersifat lebih suka berbual.


Soalan 8: Secara amnya, boleh dikatakan orang lain akan mengambil masa yang singkat untuk mengenali diri saya.

A. Ya

B. Tidak

  • Menyokong

    Kecenderungan kepada sikap extrovert.

  • Membangkang

    Kecenderungan kepada sikap introvert.

Ulasan: Individu extrovert mudah dikenali kerana mereka lebih peramah dan terbuka, manakala individu introvert pula sukar dikenali kerana mereka gemar berahsia.

Jawapan Konsisten.

Jawapan konsisten terhadap perwatakan introvert.

Soalan 1: Tidak
Soalan 2: Tidak

Soalan 3: Ya

Soalan 4: Ya

Soalan 5: Tidak

Soalan 6: Ya

Soalan 7: Ya

Soalan 8: Tidak

Jawapan konsisten terhadap perwatakan extrovert.

Soalan 1: Ya
Soalan 2: Ya

Soalan 3: Tidak

Soalan 4: Tidak

Soalan 5: Ya

Soalan 6: Tidak

Soalan 7: Tidak

Soalan 8: Ya


Nampak tak bagaimana ujian psikometrik ini berfungsi untuk mengkategorikan anda kepada golongan tertentu. Setiap jawatan memerlukan calon yang berperwatakan tertentu untuk menjawatnya.

Jika jawatan itu melibatkan pakar sains, individu berperwatakan introvert diutamakan. Jika jawatan itu melibatkan pakar jenayah kanak-kanak, individu berperwatakan extrovert pula menjadi keutamaan.

Tiada istilah golongan mana yang bersifat negatif dekat sini. Kerana kedua-dua golongan ini ada kelebihan dan kebolehan mereka masing-masing.


Nota: Perwatakan introvert dan extrovert hanyalah salah satu daripada penilaian dalam ujian psikometrik. Bukanlah bermaksud ujian ini hanya nak cari individu berperwatakan introvert dan extrovert sahaja. Terdapat banyak lagi penilaian yang cuba dinilai dalam ujian ini seperti cara bersosial, cara berfikir, cara membuat keputusan, dan cara bertindak.