Salah Faham Terhadap Introvertion.

Ramai percaya introvertion ini merupakan sikap negatif. Adakah tanggapan ini tidak adil bagi golongan introvertion? Adakah ini punca utama penyebab kegagalan dalam ujian psikometrik? Itu semua saya huraikan secara terperinci dalam artikal ini. Jom baca..


Saya terima banyak pertanyaan pasal sikap introvertion dan sikap extravertion. Ada calon menganggap sikap introvertion ini sikap negatif dan sikap extravertion ini sikap positif.

  • Introvertion = Negatif
  • Extravertion = Positif

Dan ada juga antara calon percaya jika sikap introvertion ini ada dalam diri mereka, itu akan menyebabkan mereka boleh gagal dalam ujian psikometrik.

Salah sebenarnya pemahaman macam tu. Dalam institusi kerajaan mahupun institusi swasta, kedua-dua golongan ini sangat-sangat diperlukan. Golongan introvertion ada kelebihan mereka sendiri, golongan extravertion pula ada kelebihan mereka sendiri.

Antara salah faham terhadap golongan introvert ialah:

  • Golongan introvertion tak boleh bekerja dalam kumpulan.
  • Golongan introvertion tak boleh bergaul dengan orang lain.
  • Golongan introvertion tak lancar dalam berkomunikasi.

Sepatutnya, di bawah inilah psikologi sebenar individu yang bersifat introvertion:

  • Golongan introvertion boleh bekerjasama dalam kumpulan. Cuma mereka lebih selesa bekerja secara sendirian berbanding bekerja dalam kumpulan. Bukanlah bermaksud mereka tak boleh bekerja dalam kumpulan langsung.
  • Golongan introvertion boleh bergaul dengan semua orang. Cuma mereka lebih selesa bergaul dengan orang yang betul-betul rapat dengan mereka. Bukanlah bermaksud mereka tak boleh bergaul dengan orang lain langsung.
  • Golongan introvertion boleh berkomunikasi dengan baik, sama seperti golongan extrovert juga. Cuma mereka berasa cepat letih apabila banyak berkomunikasi dengan orang dan kemudiannya memilih untuk mendiamkan diri.

Contoh Soalan.

Ini pula contoh soalan nak kategorikan anda kepada golongan introvertion ataupun extravertion.

Soalan 1: Suasana tempat kerja yang tenang mampu menambah tumpuan saya terhadap tugasan yang diberikan.

A. Setuju

B. Tidak Setuju


Ulasan: Jika anda menyokong pernyataan ini, itu membuktikan anda mempunyai kecenderungan kepada sikap introvertion. Kerana golongan introvertion ini suka suasana yang tenang untuk fokus kepada tugasan mereka. Jika anda membangkang pula, itu menunjukkan anda mempunyai kecenderungan kepada sikap extravertion.

Soalan 2: Saya dapat membuat sesuatu dengan lebih baik secara berseorangan daripada bekerja dalam satu kumpulan.

A. Setuju

B. Tidak Setuju


Ulasan: Jika anda menyokong pernyataan ini, jelas membuktikan anda lebih suka kerja secara sendirian. Dan itu adalah salah satu ciri-ciri introvertion. Jika anda membangkang pula, itu bermaksud anda suka bekerja dalam kumpulan. Di mana itu merupakan ciri-ciri seorang extravertion.

Jadi, apa kepentingan tahu tentang sikap introvertion dan extravertion ini?

Ada di antara calon-calon ujian psikometrik ini tahu mereka tergolong dalam golongan introvertion. Mereka fikir introvertion ini sikap negatif. Kerana salah faham dengan perkara ini, mereka akan cuba ada-adakan sikap extravertion ini dalam diri mereka.

Kesannya, jawapan mereka saling bercanggahan antara satu sama lain dan menyebabkan jawapan mereka tak konsisten. Jawapan tak konsisten secara automatik akan gagal kerana terdapat unsur penipuan dalam jawapan.

Saya harap anda jelas dengan sikap introvertion dan extravertion ini. Tak ada istilah negatif dan positif dalam kedua-dua golongan ini. Semuanya ada kekurangan dan kelebihan masing-masing.

Ada jawatan memerlukan seseorang itu berinteraksi dengan orang ramai. Ketika ini, calon berperwatakan extravertion akan dipilih. Individu extravertion lebih mudah untuk memulakan perbualan dan menjalin hubungan dengan orang lain disebabkan sifat terbuka dan mesra yang wujud dalam diri mereka.

Jika ketua jabatan mahukan seorang pekerja yang boleh menyimpan rahsia, sepastinya individu introvertion akan dilantik. Individu extravertion pula tidak akan dipilih kerana individu extravertion ada kecenderungan tinggi untuk berkongsi perkara yang mereka tahu dengan orang lain.

Best tak baca penjelasan yang saya berikan ini? Saya ada kongsikan banyak lagi tips-tips seperti ini dalam bonus. Nanti anda boleh claim bonus-bonus percuma kat bawah ini ya.



Kenapa Anda Wajib Baca Rujukan Ini?

  • Anda dapat tahu dengan jelas apa yang dinilai dalam ujian. Terdapat 18 penilaian utama yang ramai calon masih tak tahu.
  • Anda dapat jimatkan banyak masa ketika calon lain masih lagi tercari-cari bahan untuk study. Format soalan tahun ini tak sama dengan tahun lepas.
  • Anda akan tahu apa perangkap disebalik setiap soalan. Terdapat 200 soalan lengkap dengan huraian jawapan dalam buku ini.
  • Anda akan tahu cara pemilihan jawapan yang konsisten. Ramai calon gagal ujian ini disebabkan mereka tak konsisten.

Sila klik butang di bawah ini untuk download rujukan psikometrik ini sekarang.

Soalan Kerap Ditanya

Sempat ke nak pos?
Buku ini berbentuk digital, format PDF. Saya akan emelkan ebook ini terus kepada emel anda selepas selesai pembayaran. Tiada pengeposan dilakukan dan anda tak perlu menunggu berhari-hari.
Ada berapa soalan?

Dalam rujukan ini kami sediakan 200 soalan lengkap dengan huraian jawapan. Anda akan tahu apa yang dinilai disebalik soalan melalui huraian jawapan ini. Nak tengok isi kandungan buku ini? Anda boleh download » PREVIEW COPY ini.

Harga berapa?

Terdapat tiga pakej, RM40, RM60 dan RM100. Setiap pakej mempunyai rujukan yang berbeza. Untuk persediaan ujian psikometrik sahaja, pakej RM40 sudah cukup memadai. Sepastinya anda ambil ujian ini nak lulus kan? Jadi, saya lebih syorkan anda untuk ambil pakej RM100. Kerana pakej itu disertakan sekali dengan Rujukan Temuduga Kerajaan. Jika dibeli berasingan, rujukan temuduga itu sahaja sudah RM100. Anda sudah jimat dekat situ.

Pakej mana ada huraian jawapan?
Semua pakej ada disediakan huraian jawapan. Dari pakej RM40, RM60 dan RM100, semua lengkap dengan huraian jawapan.
Ada berapa muka surat?
Rujukan ni terdapat 90 lebih muka surat. Dalam ebook ini ada nota cara menjawab ujian psikometrik, contoh soalan dan huraian jawapan.
Ada soalan matematik tak?
Untuk makluman anda, soalan matematik telah digugurkan sejak Januari 2020 dari ujian ini. Adakah ujian akan datang confirm tak ada soalan matematik? Itu saya tidak berani janji, kerana kuasa terletak pada pihak SPA. Kemungkinan besar tak ada soalan matematik kerana ujian terakhir ada soalan matematik pun pada Januari 2020. Sebagai langkah berjaga-jaga, saya syorkan anda buat sedikit persediaan. Usah risau, dalam rujukan ini saya disertakan sekali dengan nota & soalan matematik.
Confirm lulus ke?

Kami tidak menjanjikan anda lulus. Kerana kuasa meluluskan dan menggagalkan calon itu 100% terletak pada pihak SPA. Apa yang kami janjikan ialah anda akan tahu apa yang dinilai disebalik setiap soalan. Ramai pembaca buku ini memberikan maklum balas positif kerana mereka tahu sikap apa yang ingin dicungkil disebalik setiap soalan.