Markah Lulus Ujian Psikometrik Yang Sebenar Pada Tahun Ini.


Dalam artikel ini saya akan kongsikan kepada anda dua faktor yang mempengaruhi markah lulus ujian psikometrik. Anda boleh teruskan pembacaan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang markah lulus psikometrik SPA ini.

Cikgu Khairul

Markah Lulus Ujian Psikometrik – Mesti ramai kan yang mencari jawapan kepada soalan ini? Disebabkan terlalu ramai yang ingin tahu tentang perkara ini, saya akan kongsikan berapakah markah lulus ujian psikometrik SPA yang sebenar.


Apa Markah Lulus Ujian Psikometrik?

Kalau anda nak tahu, penilaian ujian psikometrik jauh berbeza dengan penilaian ujian online yang lain. Kalau ujian matematik ataupun ujian kefahaman bahasa inggeris, setiap soalan dalam ujian tu ada jawapan yang tepat.

Tapi berlainan pula dengan ujian psikometrik. Setiap soalan yang ditanyakan kepada calon tidak ada jawapan salah ataupun jawapan betul. Pelik kan? Secara amnya, lulus dan gagal ujian ini bergantung kepada dua perkara utama, iaitu:

  • Jumlah kekosongan jawatan.
  • Perwatakan calon.

Bagaimana jumlah kekosongan jawatan dan perwatakan calon ini boleh mempengaruhi markah lulus ujian psikometrik? Anda berminat nak tahu tak? Jom saya kongsikan dekat bawah ini.


Jumlah Kekosongan Jawatan.

Untuk makluman anda, berapa ramai calon diluluskan dalam ujian psikometrik ini bergantung kepada kekosongan jawatan. Pihak SPA menggunakan 1 nisbah 10 dalam mengawal jumlah calon yang lulus.

Jika sesuatu jawatan itu mempunyai 100 kekosongan, pihak SPA akan meluluskan seramai 1,000 orang calon sahaja. Itu situasi yang mempunyai 100 kekosongan jawatan. Bagaimana pula jika sesuatu jawatan itu hanya mempunyai 5 kekosongan?

Ketika ini pihak SPA akan meluluskan seramai 50 orang calon sahaja ke peringkat seterusnya. Hanya calon yang menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan sahaja yang ada peluang untuk lulus ujian ini.


Perwatakan Calon.

Selain daripada faktor jumlah kekosongan jawatan, perwatakan calon juga memainkan peranan dalam menentukan lulus dan gagal seseorang calon ujian.

Setiap jawatan ada skop tugasan yang telah ditetapkan. Jadi, ketua jabatan mahu mencari calon yang menepati ciri-ciri perwatakan sahaja untuk menjawat jawatan itu.

Artikel berkaitan: Empat Kategori Soalan Ujian Psikometrik.

Contohnya jawatan yang memerlukan ketelitian yang tinggi seperti akauntan. Untuk jawatan ini, ciri-ciri yang mungkin diperlukan ialah seorang calon yang mempunyai tahap ketelitian yang tinggi. Ketika ini, ujian psikometrik akan berfungsi sebagai penapis untuk menapis calon yang bersifat teliti.

Hanya calon yang ada kecenderungan ke arah sikap teliti sahaja akan diluluskan. Calon yang cenderung kepada sikap cuai pula bakal digagalkan di atas alasan tidak menepati ciri-ciri jawatan.


Jelas Tak Markah Lulus Psikometrik?

Daripada dua faktor di atas, agak-agak anda wujud tak markah lulus ujian psikometrik ini? Saya bukan apa, ada sesetengah calon menganggap perlu skor 80 peratus barulah dianggap sebagai lulus.

Mana mungkin ada markah lulus seperti itu, sedangkan ujian ini tak ada jawapan salah ataupun betul. Lulus dan gagal ujian ini bergantung sepenuhnya kepada dua faktor di atas ini.


Penutup.

Akhir kata, dengan perkongsian berapa markah lulus ujian psikometrik ini boleh membuka mata anda tentang realiti sebenar ujian ini. Saya doakan agar anda menjadi salah seorang calon yang diluluskan dalam ujian psikometrik nanti. Aamiinn..

Pss.. Anda tahu tak tujuh perkara wajib anda tahu sebelum menduduki ujian psikometrik? Jom klik butang di bawah untuk baca.