Soalan psikometrik SPA boleh dikategorikan beberapa bahagia utama. Untuk contoh kali ini, saya akan kongsikan empat kategori yang selalu digunakan oleh pihak SPA dalam mencungkil perangai sebenar seseorang calon.
Empat Kategori Soalan Psikometrik SPA
Dalam mencari calon untuk mengisi kekosongan jawatan, pihak SPA akan menggunakan empat kategori pemilihan. Ianya bertujuan untuk memastikan calon yang dilantik nanti menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan, iaitu:
Bagaimana seseorang calon itu bersosial.
Bagaimana seseorang calon mengendalikan impuls.
Bagaimana seseorang calon itu membuat keputusan.
Bagaimana seseorang calon bertindak balas terhadap orang lain.
Bagaimana seseorang calon mengawal emosi.
Bagaimana Seseorang Calon Itu Bersosial.
Kategori pertama yang cuba diuji dalam ujian psikometrik ialah bagaimana gaya bersosial seseorang calon itu. Cara pergaulan ini akan mencerminkan perwatakan sebenar seseorang itu sama ada mempunyai sikap kerjasama, toleransi ataupun lebih selesa melakukan secara bersendirian.
Lima soalan di bawah ini merupakan contoh soalan yang digunakan untuk mencungkil bagaimana cara bersosial seseorang calon psikometrik.
Soalan 1. Kawan-kawan selalu mengatakan saya seorang yang mudah difahami.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 2. Ramai kenalan saya berkata bahawa saya seorang yang bersikap terbuka.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 3. Saya lebih gemar memperkenalkan diri saya sendiri dalam sesuatu majlis.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 4. Saya boleh berborak panjang dengan seseorang apabila individu itu mempunyai minat yang sama dengan saya.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 5. Saya mengambil peluang mengenali seberapa ramai perserta dalam sesuatu majlis.
A. Ya
B. Tidak
Bagaimana Seseorang Mengendalikan Impuls.
Selain daripada menguji gaya bersosial, kategori yang seterusnya diuji dalam ujian psikometrik ialah bagaimana seseorang calon mengendalikan impuls.
Lima soalan di bawah ini merupakan contoh soalan psikometrik yang digunakan untuk mencungkil gaya mengendalikan impuls seseorang calon psikometrik.
Soalan 6. Pendekatan saya yang santai membantu meredakan tekanan dan mengekalkan perspektif yang sihat.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 7. Perancangan dan organisasi teliti saya memastikan perancangan berjalan dengan lancar dan mencapai hasil yang berkualiti.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 8. Saya tahu bagaimana untuk berehat dan tidak memaksa diri melampaui had.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 9. Pengurusan masa dan kecekapan membolehkan saya mencapai lebih banyak dalam masa yang lebih singkat.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 10. Saya boleh menyesuaikan diri dengan perubahan dan tidak terlalu terikat dengan perancangan yang ketat.
A. Ya
B. Tidak
Bagaimana Seseorang Membuat Keputusan.
Kategori yang seterusnya cuba dicungkil melalui ujian psikometrik ialah bagaimana seseorang calon itu membuat keputusan. Data yang diperoleh daripada soalan-soalan ini penting dalam memastikan kesesuaian perwatakan seseorang itu menepati dengan jawatan ataupun tidak.
Lima soalan di bawah ini merupakan soalan yang digunakan dalam mencungkil cara seseorang calon itu membuat keputusan.
Soalan 11. Saya mengambil pendekatan yang praktikal dan realistik dalam menyelesaikan masalah.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 12. Saya menghargai kepelbagaian budaya dan pengalaman, dan belajar daripada mereka.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 13. Saya fokus dan memberi perhatian kepada perincian dalam kerja saya.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 14. Rasa ingin tahu mendorong saya untuk sentiasa belajar dan mengembangkan kemahiran kerja.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 15. Saya membuat keputusan berdasarkan pengalaman dan bukti yang terbukti.
A. Ya
B. Tidak
Bagaimana Seseorang Bertindak Balas Terhadap Orang Lain.
Dalam kategori keempat ini, pihak SPA akan mengenalpasti bagaimana seseorang calon itu bertindak balas terhadap orang lain.
Lima soalan di bawah ini merupakan contoh soalan yang digunakan dalam mencungkil perwatakan sebenar seseorang calon itu bertindak.
Soalan 16. Saya menawarkan bantuan dan sokongan kepada rakan sekerja yang memerlukan, walaupun tidak diminta.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 17. Saya boleh memberi maklum balas yang jujur dan membina untuk membantu orang lain berkembang.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 18. Kemahiran kerjasama saya membolehkan pasukan mencapai matlamat bersama dengan berkesan.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 19. Keyakinan saya membolehkan saya menghadapi konflik dan pertikaian dengan tenang.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 20. Saya tidak teragak-agak untuk menyuarakan pendapat saya, walaupun ia mungkin tidak popular.
A. Ya
B. Tidak
Bagaimana Seseorang Mengawal Emosi.
Dalam kategori kelima ini, pihak SPA akan mengenalpasti bagaimana seseorang calon itu mengawal emosi dengan apa yang mereka hadapi.
Lima soalan di bawah ini merupakan contoh soalan yang digunakan dalam mencungkil perwatakan sebenar seseorang calon itu dalam mengawal emosi.
Soalan 21. Saya lebih gemar membuat banyak perkara mengikut apa yang terlintas dalam fikiran pada waktu itu.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 22. Pengalaman emosi yang mendalam membolehkan saya berhubung dengan orang lain pada tahap yang lebih peribadi.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 23. Kesedaran saya terhadap emosi membolehkan saya menjadi lebih empati dan memahami perspektif orang lain.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 24. Saya dapat mengekalkan ketenangan dan fokus dalam situasi yang mencabar, membolehkan saya membuat keputusan yang baik di bawah tekanan.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 25. Kebimbangan saya dalam melakukan kesilapan mendorong saya untuk menjadi lebih teliti dan berhati-hati dalam kerja saya, memastikan hasil yang berkualiti tinggi.
A. Ya
B. Tidak
Keputusan Soalan Psikometrik SPA Bakal Diproses.
Jadi apa kepentingan data-data yang diperoleh daripada empat kategori penilaian itu? Pihak SPA akan memadankan data-data perwatakan calon itu dengan keperluan perwatakan jawatan.
Jika terdapat banyak persamaan antara perwatakan calon dengan perwatakan jawatan, ketika ini seseorang calon itu akan diluluskan oleh pihak SPA. Jika ada sedikit persamaan, maka seseorang calon itu bakal digagalkan.
Penutup
Saya harap dengan perkongsian empat kategori penilaian soalan psikometrik SPA ini dapat membantu anda dalam persediaan ujian nanti.
Saya mendoakan agar anda bakal lulus dalam ujian itu nanti. Aamiinn..
Pss.. Anda dah tengok 200 soalan psikometrik? Siap ada huraian jawapan. Klik butang di bawah untuk baca.